combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,148
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,148
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Warga Bangladesh Didakwa Lakukan Amang Seksual Terhadap Tujuh Pelajar
Seorang buruh warga Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tujuh pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas pelajar lelaki, bulan lepas.
Islam Mohammad Shoriful, 44, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap tujuh mangsa berusia 13 dan 15 tahun di bilik mandi serta bilik basuh asrama lelaki sebuah sekolah dekat sini pada 6 petang hingga 6.30 petang 12 Jun.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang jika sabit kesalahan, boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan dikenakan sebatan.
Timbalan Pendakwa Raya Syaza Nur Sharif tidak menawarkan jaminan terhadap lelaki itu. Lelaki itu tidak diwakili peguam pada prosiding hari ini.
Hakim Kamarul Aris Kamalluddin tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 28 Ogos untuk sebutan semula kes.