BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Guru matematik didakwa lakukan amang seksual terhadap pelajar lelaki

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
336845-336845.jpg


Guru matematik didakwa lakukan amang seksual terhadap pelajar lelaki

MUAR: Guru matematik yang dituduh berkaitan kes amang seksual fizikal di Putrajaya, Ogos lalu, sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertuduhan sama terhadap seorang pelajar lelaki pendidikan khas.


Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 14 tahun dalam kelas pendidikan khas di sebuah sekolah menengah di sini, jam 11 pagi, 30 Jun lalu.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 akta sama.

Seksyen 14 memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan manakala Seksyen 16, tambahan hukuman, penjara maksimum lima tahun serta sebatan tidak kurang dua kali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ameerah Allaudeen manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, pihak pendakwaan dalam hujahannya menawarkan ikat jamin RM20,000 terhadap tertuduh berserta syarat tambahan.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dan menetapkan 15 Disember ini untuk sebutan serahan dokumen. Tertuduh membayar ikat jamin itu.

Selain itu, mahkamah memerintahkan tertuduh melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan serta tidak boleh berkomunikasi atau mengganggu saksi pendakwaan termasuk mangsa sehingga kes selesai.

Berdasarkan laporan dibuat, mangsa seorang pelajar pendidikan khas mendakwa dicabul tertuduh yang mana ketika itu menjadi guru ganti kelasnya.

Namun, selepas kejadian itu, mangsa tidak hadir ke sekolah namun ketika guru mahu bertanyakan masalah dihadapinya, pelajar itu menceritakan dia dicabul tertuduh.

Ogos lalu, tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Putrajaya atas pertuduhan amang seksual terhadap pelajar lain dalam bas ketika menyertai lawatan sambil belajar.

Selepas ini, tertuduh juga bakal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Ipoh atas kesalahan sama. Kejadian berlaku juga dalam bas yang ketika itu dalam perjalanan ke utara tanah air.

Kredit ➡️ Berita Harian
 
Back
Top
Log in Register