BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KSU Kementerian Komunikasi Lawat Kompleks Kementerian Di Labuan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

KSU Kementerian Komunikasi Lawat Kompleks Kementerian Di Labuan​

683c0c1f35192ace82faa17fc1bffaf96a7831287160f

198c0262e4c77f9a194da24e1b8f5b1f6a783134cc2bd

3270e29dbc6f0af03570ea86a1dc21686a783140dadc2


Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah mengadakan lawatan rasmi pertama beliau ke Kompleks Kementerian Komunikasi di sini yang menempatkan beberapa agensi kementerian tersebut.

Abdul Halim diberikan taklimat mengenai keadaan kompleks itu, terutamanya sistem penyaman udara yang memerlukan pembaikan atau kemungkinan penggantian bagi memastikan persekitaran kerja yang kondusif kepada petugas.

Beliau juga diberikan taklimat mengenai keperluan kerja pembaikan utama di kuarters petugas Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang bersebelahan kompleks itu, serta cadangan kerja naik taraf fasiliti RTM Labuan.

Kompleks itu siap dibina pada 2019 dan menempatkan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), RTM Labuan, Jabatan Penerangan (JAPEN) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Semasa lawatan itu, Abdul Halim turut mendengar taklimat berkaitan penubuhan, struktur perjawatan serta peranan dan fungsi Bernama, RTM dan JAPEN di Labuan.

Taklimat itu memberikan gambaran keseluruhan operasi agensi serta tanggungjawab masing-masing dalam menyebarkan maklumat rasmi, berita dan kandungan penyiaran kepada masyarakat.

Hadir sama ialah Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi Datuk Aminurrahim Mohamed, Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital) JAPEN Wan Saidatul Shafina Mohd Amin dan Pengarah Bahagian Pembangunan Fasiliti RTM Roziyati Rosli.

Lawatan itu juga bertujuan menilai keadaan keseluruhan dan keperluan fasiliti kompleks tersebut serta mengenal pasti perkara yang memerlukan perhatian bagi memastikan agensi terbabit dapat beroperasi dengan berkesan.

 
Back
Top
Log in Register