BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KSU Kementerian Komunikasi Adakan Lawatan Kerja Ke Bernama

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,146
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,146
Reaction score
346
Points
141
6de237b212ff0dd3bbdfeab8f16da430698445fe46a18

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah mengadakan lawatan kerja pertama ke Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) selepas dilantik memegang jawatan itu pada 24 Nov lepas.

Beliau disambut Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin, Ketua Pengarang Arul Rajoo Durar Raj, Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Mohd Shukri Ishak, Pemangku Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi Harlina Samson serta pengurusan tertinggi agensi berita itu.


Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah hari ini mengadakan lawatan kerja ke Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di sini.

Ini merupakan lawatan pertama Abdul Halim ke Bernama selepas dilantik memegang jawatan berkenaan pada 24 Nov tahun lepas.

Abdul Halim tiba di lobi Wisma Bernama pada 3.15 petang dan disambut Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin, Ketua Pengarang Arul Rajoo Durar Raj, Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Mohd Shukri Ishak, Pemangku Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi Harlina Samson serta barisan pengurusan tertinggi agensi berita itu.

Selain mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Bernama, Abdul Halim turut mendengar taklimat mengenai operasi dan peranan agensi berita itu dalam memperkasa penyampaian maklumat negara.

Pada 24 Jan lepas, Abdul Halim berkata pendekatan 3P - Polisi, Produk dan People (Rakyat) - menjadi asas utama dalam merangka hala tuju Kementerian Komunikasi bagi memperkukuh penyampaian perkhidmatan lebih bersepadu, berfokus dan berimpak tinggi kepada masyarakat bagi tempoh lima tahun akan datang.

Beliau berkata pendekatan dan visi dalam kerangka strategik Kementerian Komunikasi bagi tempoh 2026 hingga 2030 itu melibatkan penyelarasan menyeluruh semua jabatan dan agensi di bawah kementerian berkenaan.

Sebelum menerajui Kementerian Komunikasi, Abdul Halim merupakan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) selain pernah memegang jawatan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Kewangan & Pembangunan) di Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 2023.

Abdul Halim, 55, yang mempunyai pengalaman luas dalam perkhidmatan awam selama hampir 30 tahun, memulakan kerjayanya sebagai Penolong Pengarah di Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), JPM.

 
Back
Top
Log in Register