combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Organisasi Media Perlu Menangi Kepercayaan Masyarakat
Ketua Pegawai Eksekutif Karangkraf, Firdaus Hussamuddin ketika berucap pada forum pemikir “Evolusi Media dan Perubahan Industri” pada majlis meraikan para penyumbang Malam Wartawan Malaysia 2026 disini hari ini.
Organisasi media perlu memenangi kepercayaan masyarakat dalam ekosistem yang semakin dipenuhi kandungan digital dan maklumat tidak sahih, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Karangkraf Firdaus Hussamuddin.
Beliau berkata persaingan industri media kini tidak lagi terhad sesama organisasi media, sebaliknya turut melibatkan platform media sosial, pencipta kandungan dan algoritma yang berebut perhatian khalayak.
“Dalam persekitaran ini, relevansi (media) tidak lagi boleh dianggap sebagai sesuatu yang kekal, sebaliknya perlu diraih melalui inovasi, kredibiliti serta pemahaman terhadap keperluan dan jangkaan khalayak,” katanya ketika menjadi panel program Forum Pemikir: Evolusi Media dan Perubahan Industri di sini.
Forum anjuran Institut Akhbar Malaysia (MPI) itu turut menampilkan tokoh wartawan negara Datuk A. Kadir Jasin, Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah Namanzee Harris dan Ketua Pegawai Eksekutif Vanakkam Malaysia Thiaga Rajan Muthusamy sebagai ahli panel.
Turut hadir pada program itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin.
Berkongsi pengalaman mentransformasi Kumpulan Media Karangkraf, Firdaus berkata pertumbuhan mampan organisasi media bergantung kepada kepelbagaian model perniagaan, memperkukuh keupayaan digital serta menerima inovasi tanpa menjejaskan integriti editorial dan etika profesional.
“Pada akhirnya, organisasi media yang berjaya pada masa depan tidak semestinya yang memiliki teknologi paling canggih, tetapi yang mampu mempertahankan keyakinan masyarakat terhadap laporan diterbitkan,” katanya.
Sementara itu, Kadir berkata penguasaan kecerdasan buatan (AI) merupakan kemahiran baharu yang perlu dikuasai wartawan, namun teknologi itu tidak boleh menggantikan pertimbangan manusia, pengalaman di lapangan serta tanggungjawab editorial.
Beliau berkata AI wajar dimanfaatkan untuk memperkukuh proses kewartawanan, tetapi ketepatan fakta dan pengesahan maklumat tetap bergantung kepada kebijaksanaan manusia.