BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cinta Belia Pada Negara Masih Menebal, Kepercayaan Terhadap Sistem Perlu Diperkukuh - Pakar

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Cinta Belia Pada Negara Masih Menebal, Kepercayaan Terhadap Sistem Perlu Diperkukuh - Pakar​

2cf6438b6d43bf7d6a8d77917a80b7a46aa81c4087c3c

fb Izzat Afifi Abdul Hamid

Semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda masih kukuh, namun cabaran yang perlu diberi perhatian ialah tahap kepercayaan mereka terhadap sistem sedia ada yang semakin terhakis, selain perubahan cara menzahirkan kecintaan kepada negara dalam era digital.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid berkata kecintaan golongan muda terhadap negara tidak wajar diukur hanya melalui kaedah tradisional seperti mengibarkan Jalur Gemilang, sebaliknya turut dilihat melalui sokongan terhadap negara dan penggunaan platform media sosial untuk menzahirkan semangat patriotik.

“Saya yakin dan percaya anak muda masih lagi sayang pada negara dan semangat patriotisme tidak pernah berkurang. Sebagai contoh, kalau ada berlaku konflik atau sebagainya, dalam kalangan anak muda, masih lagi sayang dan sentimen mempertahankan negara itu tetap kuat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV bertajuk “Merdeka: Antara Sejarah, Jati Diri dan Masa Depan Malaysia”, malam ini.

Bagaimanapun, Mohd Izzat Afifi berkata perkembangan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) turut membawa cabaran apabila golongan muda semakin terdedah kepada maklumat tidak sahih yang berpotensi mempengaruhi pandangan mereka terhadap negara dan sistem demokrasi.

“Sekarang ini trend anak muda ialah siapa yang paling cepat mendapat maklumat, siapa yang tercepat terawal, mereka tidak lagi memikirkan sama ada maklumat itu sahih ataupun tidak tetapi keadaan ini bukan sahaja menjadi cabaran kepada Malaysia, malah turut dihadapi negara lain di seluruh dunia.

“Perkara ini yang sebenarnya boleh menjejaskan kefahaman serta kepercayaan terhadap sistem negara,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Sosiologi Politik, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berkata tafsiran terhadap kemerdekaan berbeza mengikut pengalaman serta acuan setiap generasi.

Beliau berkata generasi yang melalui perjuangan kemerdekaan melihat kebebasan sebagai usaha membebaskan negara daripada penjajahan dan menentukan pemerintahan sendiri, manakala generasi pascamerdeka pula menikmati perubahan besar menerusi proses pemodenan dan perindustrian.

 
Back
Top
Log in Register