BTC USD 75,649.4 Gold USD 4,330.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penipuan Dalam Talian: kerjasama Transnasional Perlu Diperkukuh, Lumpuhkan Dalang - Pakar

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Penipuan Dalam Talian: kerjasama Transnasional Perlu Diperkukuh, Lumpuhkan Dalang - Pakar​

532fe96c9582b92c9560f075f9523b626a8d069e7a5f0

Pakar Kriminologi Prof Datuk Dr P. Sundramoorthy
Kredit: USM


Kerugian hampir RM1 bilion akibat penipuan dalam talian bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini menjadi isyarat jelas bahawa penguatkuasaan domestik semata-mata tidak lagi memadai untuk mengekang sindiket transnasional yang semakin licik.

Pakar Kriminologi Prof Datuk Dr P. Sundramoorthy berpandangan Malaysia perlu memperkukuh kerjasama antarabangsa bagi membolehkan perkongsian risikan, pengesanan aliran wang dan tindakan penguatkuasaan dilakukan dengan lebih pantas merentasi bidang kuasa.

Beliau berkata Malaysia wajar menilai secara serius penyertaan dalam Gabungan Antipenipuan Antarabangsa yang bakal dilancarkan China pada September ini, yang dijangka melibatkan lebih 40 negara.

“Jika gabungan itu menyediakan mekanisme berkesan untuk perkongsian risikan, penyelarasan operasi dan pengesanan aliran wang, Malaysia wajar mempertimbangkan penyertaan secara serius,” katanya kepada Bernama.

Pada 18 Ogos lepas, Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil memaklumkan kerugian penipuan dalam talian di Malaysia mencecah RM958 juta bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

Sundramoorthy berkata keperluan untuk bekerjasama dengan agensi luar semakin mendesak memandangkan sindiket penipuan kini beroperasi sebagai rangkaian jenayah terancang yang memanfaatkan teknologi dan infrastruktur digital di pelbagai negara.

“Mangsa mungkin berada di Malaysia, penipu di negara lain, pelayan digital di negara ketiga manakala wang dipindahkan melalui beberapa negara,” katanya.

Beliau berkata struktur sedemikian menyebabkan tindakan dalam satu bidang kuasa hanya memutuskan sebahagian daripada rantaian jenayah tanpa menyentuh dalang yang mengendalikannya.

 
Back
Top
Log in Register