BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kes Penipuan E-dagang Naik 92 Peratus, Perlindungan Pengguna Perlu Diperkukuh - Shopee

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Kes Penipuan E-dagang Naik 92 Peratus, Perlindungan Pengguna Perlu Diperkukuh - Shopee​

945691b31c3636a9a873a658f95952516a826ee768a83

0bc015db953a027681422bb04994ced86a826ed0404c7

6c229c05afa6106c68fcb816a01084a76a826eb6d0bad

670042eb64ab6f032021d7370872f3ed6a826e9fc07a7

Kredit: Shopee Malaysia

Perlindungan dan kepercayaan pengguna terhadap perdagangan digital perlu diperkukuh susulan peningkatan 92 peratus kes penipuan e-dagang pada suku pertama 2026 berbanding tempoh sama tahun lepas.

Ketua Hal Ehwal Awam dan Hubungan Luar Shopee Malaysia Nik Emir Din berkata statistik Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman itu menunjukkan penipu terus mengubah dan memperhalus taktik mereka.

"Atas sebab itu, kepercayaan tidak boleh dibina menerusi satu inisiatif atau peningkatan teknologi semata-mata, sebaliknya perlu dipupuk secara berterusan melalui pelaburan dalam sistem, langkah perlindungan dan kerjasama bagi mewujudkan persekitaran digital yang selamat serta boleh dipercayai," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata satu transaksi yang melibatkan penipuan boleh menjejaskan keyakinan bukan sahaja terhadap sesebuah platform, malah terhadap perdagangan digital secara keseluruhan.

Nik Emir berkata pengguna yang berasa lebih terlindung akan lebih yakin untuk mengambil bahagian, manakala perniagaan pula lebih bersedia melabur dalam saluran digital.

Beliau berkata platform digital memerlukan pendekatan berlapis yang menggabungkan teknologi, tadbir urus platform, pendidikan pengguna serta kerjasama dengan kerajaan dan pemain industri.

“Shopee menjadi platform pertama dalam pasaran yang memperkenalkan penyelesaian escrow menerusi Shopee Guarantee, dengan pembayaran kepada penjual hanya dilepaskan selepas pembeli berpuas hati dengan pesanan diterima. Perlindungan itu kemudian disepadukan dalam polisi pemulangan

“Setiap penjual baharu di platform juga diwajibkan menjalani proses pengesahan Kenali Pelanggan Anda (KYC) bagi meningkatkan akauntabiliti,” katanya.

Beliau berkata teknologi kecerdasan buatan (AI) digunakan bersama pasukan moderasi dan siasatan untuk mengesan tingkah laku mencurigakan serta mengambil tindakan terhadap akaun atau penyenaraian yang melanggar polisi platform.

 
Back
Top
Log in Register