BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penggubalan Akta e-Dagang Perlu Segera, Lindungi PMKS, Pengguna - Fuziah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,148
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,148
Reaction score
346
Points
141

Penggubalan Akta e-Dagang Perlu Segera, Lindungi PMKS, Pengguna - Fuziah​

0f10b7f81495952fd46685787d1fd0ce6a8d76b62362b


Penggubalan Akta E-Dagang yang baharu perlu disegerakan bagi memperkukuh perlindungan pengguna serta memastikan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta peniaga tempatan mampu bersaing dalam ekosistem digital yang semakin kompleks.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Dr Fuziah Salleh berkata langkah itu penting bagi menutup kelompongan dalam Akta Perdagangan Elektronik 2006, khususnya melibatkan perlindungan pengguna dan transaksi rentas sempadan.

Beliau berkata pada masa sama, kerangka e-dagang negara perlu bergerak seiring dengan perkembangan teknologi serta perubahan cara rakyat membeli dan berniaga.

“Kita perlu melindungi PMKS dan peniaga tempatan. Harga yang kompetitif memang memberi manfaat kepada pengguna tetapi jangan sampai wujud persaingan yang tidak seimbang sehingga peniaga tempatan kehilangan pasaran dan mata pencarian pada masa hadapan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Fuziah berkata penjual asing yang menjalankan perniagaan kepada pengguna di negara ini juga perlu mempunyai tahap tanggungjawab dan pematuhan yang jelas bagi melindungi pengguna daripada penipuan, penjualan produk tidak selamat atau pertikaian.

“Tanggungjawab platform e-dagang juga perlu diperjelaskan kerana platform masa kini bukan lagi sekadar tempat menemukan penjual dan pembeli. Pengaruhnya semakin besar dalam menentukan bagaimana produk dipasarkan, dijual dan sampai kepada pengguna,” katanya.

Selain itu, Fuziah berkata penyertaan asing dalam sektor e-dagang juga perlu memberi nilai tambah kepada Malaysia menerusi pelaburan, peluang pekerjaan, pembangunan bakat, pemindahan teknologi serta pembukaan lebih banyak ruang kepada perusahaan tempatan dalam rantaian bekalan.

“Kita mahu perdagangan dan penyertaan asing benar-benar memberi nilai tambah kepada Malaysia, termasuk membawa pelaburan, peluang pekerjaan, pembangunan bakat, pemindahan teknologi dan membuka lebih banyak ruang kepada perusahaan tempatan dalam rantaian bekalan.

“Kita bukan hanya bercakap soal harga murah tetapi bagaimana untuk mewujudkan ekosistem yang lebih sihat supaya PMKS dan peniaga tempatan mempunyai ruang untuk berkembang dan bersaing dengan lebih adil,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register