BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penggubalan Akta Sewaan Kediaman Langkah Penting Lindungi Penyewa Dan Pemilik

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Penggubalan Akta Sewaan Kediaman Langkah Penting Lindungi Penyewa Dan Pemilik​

ead02d2e740a9c4e8f4e9c62702c070b6a7c553bd2fee

5d2311fdee535923e17c4d50fd73aaea60e44e95d2f03

Pakar pengurusan harta tanah Universiti Teknologi Mara Prof Madya Dr Rohayu Abdul Majid

Penggubalan Akta Sewaan Kediaman di bawah Dasar Perumahan Negara (DRN) 2026-2035, merupakan langkah penting dalam mewujudkan ekosistem penyewaan yang telus, selamat dan adil bagi semua pihak, dengan mengimbangi perlindungan terhadap penyewa dan pemilik.

Pakar pengurusan harta tanah Universiti Teknologi Mara Prof Madya Dr Rohayu Abdul Majid berkata mekanisme Perjanjian Sewaan Standard yang dicadangkan, mampu mewujudkan templat perjanjian rasmi yang menggariskan tanggungjawab kedua-dua pihak secara telus.

“Perkara asas seperti tempoh sewaan, deposit, kadar sewa, tanggungjawab penyelenggaraan, bil utiliti, notis penamatan dan syarat pembaharuan, perlu disertakan dalam terma perjanjian.

“Dari segi penyelenggaraan pula, pemilik rumah wajar bertanggungjawab terhadap struktur, sistem asas dan kerosakan yang bukan disebabkan penyewa, manakala penyewa bertanggungjawab terhadap kerosakan akibat salah guna atau kecuaian sendiri,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata cadangan penubuhan Tribunal Sewaan Kediaman pula dilihat sebagai saluran penyelesaian pertikaian yang cepat dan berkos rendah, tanpa perlu melalui proses mahkamah yang lama dan membebankan, khususnya bagi isu pertikaian deposit dan tunggakan sewa.

Selain itu, Rohayu berkata pengurusan deposit berpusat, berupaya memastikan deposit disimpan di akaun neutral atau di bawah seliaan badan kawal selia, sekali gus mengelakkan isu pemilik rumah enggan memulangkan deposit atau penyewa melarikan diri tanpa melunaskan tunggakan.

“Ia juga berupaya memastikan kadar deposit yang munasabah, membolehkan tuan rumah membuat potongan dengan mudah serta pulangan kepada penyewa dalam tempoh tertentu selepas penyewa keluar,” katanya.

Rohayu berkata prosedur pengusiran yang sah pula boleh menetapkan tatacara jelas bagi menangani kes penyewa culas, serta melarang tindakan drastik secara sendiri oleh pemilik rumah seperti menukar kunci atau memotong bekalan utiliti secara haram.

 
Back
Top
Log in Register