BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Gubal Kerangka Perundangan Baharu e-Dagang Tingkat Akauntabiliti, Lindungi PMKS

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kerajaan Gubal Kerangka Perundangan Baharu e-Dagang Tingkat Akauntabiliti, Lindungi PMKS​

7f1ad1415c9df54b86723f5d9c4acf236935133c0df40


Kerajaan sedang menggubal kerangka perundangan baharu platform e-dagang yang lebih inklusif dan komprehensif bagi meningkatkan akauntabiliti platform berkenaan sekali gus melindungi usahawan Perusahaan Mikro, Kecil, dan Sederhana (PMKS) tempatan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata kajian berkenaan perkara itu dimulakan sejak April 2024, dengan laporan akhir telah siap dan boleh diakses melalui laman sesawang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Beliau berkata KPDN juga telah menyediakan Memorandum Jemaah Menteri berkaitan ketetapan dasar penggubalan undang-undang baharu berkenaan yang akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada minggu pertama Julai ini selepas mendapat pertimbangan Jemaah Menteri.

“Tindakan susulan akan dilaksanakan dengan menyediakan draf rang undang-undang yang mengambil kira pandangan semua kementerian serta semakan Jabatan Peguam Negara,” katanya pada sesi Kamar Khas di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Young Syefura Othman (PH-Bentong) mengenai inisiatif kerajaan untuk peniaga e-dagang, termasuk kawal selia ketidakseimbangan akses pasaran serta langkah membendung lambakan produk tiruan.

Armizan berkata berikutan ketidakseimbangan serta jurang kawal selia antara peniaga tempatan dengan penjual asing rentas sempadan, kerajaan telah merangka perundangan baharu itu bagi mewujudkan ekosistem persaingan yang adil, akauntabiliti platform dan membendung isu produk tiruan.

Bagaimanapun, katanya, bagi perniagaan e-dagang yang beroperasi di Malaysia, aktiviti perniagaan tertakluk sepenuhnya kepada undang-undang tempatan termasuk perundangan di bawah kawal selia kementerian lain.

“Pada masa ini, kerajaan belum mewajibkan semua penjual luar negara untuk menubuhkan syarikat atau entiti perniagaan berdaftar di Malaysia. Ini kerana model e-dagang rentas sempadan melibatkan pelbagai bidang kuasa antarabangsa yang perlu diteliti dari sudut pelaksanaan, pematuhan dan komitmen perdagangan antarabangsa.

“Perundangan KPDN sedia ada bersifat territorial (wilayah) dan tidak memperuntukkan kuasa penguatkuasaan extraterritorial (luar wilayah) secara langsung ke atas penjual asing tanpa entiti berdaftar di negara ini,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register