BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penghayatan Rukun Negara Perlu Diperkukuh, Bukan Sekadar Hafalan - Ahli Akademik

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,764
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,764
Reaction score
289
Points
146

Penghayatan Rukun Negara Perlu Diperkukuh, Bukan Sekadar Hafalan - Ahli Akademik​

02b52a458b9b496e102aabadde404d6c5f409e3960819


Penghayatan terhadap Rukun Negara perlu diperkukuh dan tidak boleh lagi terhenti sekadar lafaz atau hafalan, khususnya dalam mendepani cabaran polarisasi sosial, budaya digital serta peningkatan ujaran kebencian dalam masyarakat, kata ahli akademik.

Mereka berpandangan peringatan berulang kali oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengenai kepentingan Rukun Negara sejak kebelakangan ini wajar dijadikan pemangkin untuk menilai semula tahap penghayatan rakyat terhadap falsafah kebangsaan itu.

Pensyarah Jabatan Sains Politik dan Pengajian MADANI, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Dr Zainal Abidin Sanusi berkata peringatan berulang mengenai Rukun Negara tidak semestinya menggambarkan rakyat sudah melupakan prinsip itu, cuma boleh ditafsirkan sebagai petanda bahawa penghayatannya semakin lemah.

Beliau berkata selama lebih lima dekad ini, Rukun Negara hanya dilihat sebagai ritual rasmi yang dilaungkan dalam perhimpunan, dihafal untuk peperiksaan dan dicetak dalam bahan pendidikan tanpa benar-benar diterjemahkan dalam kehidupan seharian.

"Apabila prinsipnya diuji oleh provokasi sebenar seperti penghinaan terhadap simbol agama, ujaran kebencian dan sikap biadab di ruang awam maka ia kelihatan rapuh. Tetapi yang rapuh bukanlah prinsip itu tetapi penghayatan kita terhadapnya," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pengalaman Indonesia dalam mengangkat Pancasila sebagai falsafah negara yang terus diperdebatkan secara terbuka menunjukkan bahawa sesuatu prinsip kebangsaan perlu sentiasa dibincang dan ditafsir agar kekal relevan.

"Rukun Negara pula terlalu lama dibiarkan tanpa perbahasan. Kita tersilap menganggap kesunyian itu sebagai kesepakatan," katanya.

Sementara itu, Pensyarah di Jabatan Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Ratna Roshida Ab Razak berkata cabaran utama ketika ini bukan tentang kurang pengetahuan tentang Rukun Negara, tetapi kurang penghayatan terhadap prinsip tersebut.

 
Back
Top
Log in Register