BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Semangat Muhibah, Kerjasama Antara Media Dan Organisasi Masyarakat Perlu Diperkukuh - Wong

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80
f205960711ae66673dea86d6b3613c0f69e3aa11da72d

Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai (dua, kiri) menerima cenderahati yang disampaikan oleh Presiden Persatuan Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (PPBAPM) Melaka Kolenal Bersatu (PA) Mike Thein Kim Siang (kiri) pada Majlis Malam Apresiasi Media 2026.

Semangat muhibah dan kerjasama antara media serta organisasi masyarakat perlu terus diperkukuh dalam mendepani cabaran semasa termasuk penyebaran maklumat tidak sahih dan ketidaktentuan global.

Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Wong Chun Wai berkata media memainkan peranan besar bukan sahaja sebagai penyampai berita tetapi juga dalam membentuk persepsi masyarakat dan empati serta menghubungkan komuniti pelbagai latar belakang.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Malam Apresiasi Media anjuran Persatuan Pegawai-Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Melaka (PPBAPM) di sini malam ini.

Wong berkata liputan media berkaitan pelbagai inisiatif PPBAPM Melaka termasuk misi kemanusiaan, respons kecemasan dan latihan komuniti telah membantu meningkatkan kesedaran awam serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.

Beliau juga berkata dunia hari ini berdepan pelbagai cabaran termasuk krisis kemanusiaan dan penyebaran maklumat tidak sahih yang memerlukan pendekatan lebih bertanggungjawab daripada semua pihak.

“Nilai muhibah bukan sekadar slogan tetapi juga satu komitmen untuk saling memahami, menghormati dan bekerjasama walaupun datang daripada latar belakang berbeza,” katanya.

Wong turut memuji komitmen PPBAPM Melaka yang bukan sahaja aktif dalam aspek operasi malah konsisten memupuk keharmonian antara kaum melalui inisiatif berteraskan komuniti yang inklusif.

“Pendekatan seperti ini adalah contoh terbaik bagaimana muhibah boleh diterjemahkan kepada tindakan nyata,” katanya.

Beliau berkata masyarakat kini memerlukan ruang dialog yang sihat serta naratif yang menyatukan, justeru semua pihak termasuk media, badan beruniform, sektor korporat dan masyarakat mempunyai tanggungjawab bersama memastikan setiap suara yang dibawa adalah bersifat membina.“

 
Back
Top
Log in Register