combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,137
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,137
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Kesalinghubungan, Kepercayaan Awam Perlu Bergerak Seiring Demi ASEAN Digital Inklusif
Seiring dengan usaha Malaysia ke arah ekosistem digital serantau yang saksama dan selamat, negara-negara ASEAN mesti mempercepat kesalinghubungan sambil memperkukuh kepercayaan awam bagi memastikan komuniti luar bandar dan pedalaman tidak terpinggir.
Keutamaan bersama ini ditegaskan oleh para pemimpin serantau, semasa sesi panel mengenai kesalinghubungan dan kepercayaan digital pada persidangan M360 ASEAN 2026 di sini hari ini, yang dihoskan di Malaysia ketika negara ini memperjuangkan masa hadapan digital yang bersatu dan selamat untuk blok itu.
Sekretaris Jenderal Kementerian Komunikasi dan Digital (KOMDIGI) Indonesia Dr Ir Ismail berkata campur tangan kerajaan, kekal diperlukan di kawasan yang pembinaan infrastruktur telekomunikasinya tidak berdaya maju secara komersial untuk pengendali swasta.
“Infrastruktur merupakan satu kemestian dan kesalinghubungan juga satu kemestian, kerana kesalinghubungan digital memberi kita peluang untuk meningkatkan ekonomi dan kemakmuran rakyat kita, termasuk dalam pendidikan dan kesihatan,” katanya.
Ismail berkata kompleksiti geografi Indonesia, yang merangkumi lebih 17,000 pulau, memerlukan kerajaan menyokong infrastruktur guna sama, termasuk rangkaian terestrial dan kesalinghubungan satelit.
Beliau berkata infrastruktur akses terbuka sedemikian, boleh disediakan kepada pengendali telekomunikasi pada kos yang minimum, membolehkan mereka memperluas perkhidmatan kepada komuniti yang kurang mendapat liputan, sambil mengekalkan operasi yang mampan.
Ismail berkata kerajaan Indonesia juga sedang menguruskan kos spektrum dan membenarkan kerjasama infrastruktur dalam kalangan pengendali, untuk mempercepat peluasan perkhidmatan 5G.
Beliau berkata liputan 5G di Indonesia telah mencapai kira-kira 50 peratus dan akan diperluas secara berperingkat dari bandar-bandar utama ke bandar-bandar kedua serta kawasan luar bandar.