combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Hairudin Ngadiron (kiri)
Mahkamah Rayuan hari ini melepaskan dan membebaskan bekas penolong jurutera di Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bakri, Muar, Johor daripada lapan pertuduhan menerima suapan berjumlah lebih RM400,000.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Azman Abdullah, Datuk Azmi Ariffin dan Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid membenarkan rayuan Hairudin Ngadiron untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun dan enam bulan serta hukuman denda RM2.341 juta atau penjara tujuh tahun jika gagal membayar denda.
Hakim Azman berkata Mahkamah Tinggi terkhilaf apabila mengetepikan perintah pembebasan oleh Mahkamah Sesyen bagi pertuduhan pertama dan kedua yang dihadapi Hairudin serta mensabitkan dan menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan enam bulan serta denda RM1 juta bagi setiap pertuduhan.
Beliau berkata Mahkamah Tinggi terkhilaf dalam keputusannya untuk mengekalkan pertuduhan ketiga hingga kelapan.
Hakim Azman berkata mahkamah berpuas hati bahawa pembelaan perayu atas kesemua pertuduhan dapat dijawab, sekali gus telah menimbulkan keraguan.
Mengikut kesemua pertuduhan itu, Hairudin, 50, didakwa secara rasuah menerima suapan dalam bentuk wang tunai dan barang membaiki rumah seperti besi bumbung, atap genting, kayu anjung, jubin dan pintu rumah serta membaiki kenderaan berjumlah RM465,886.32 dari Januari hingga April 2017.
Suapan terbabit diterima daripada seorang individu sebagai upah membantu mendapatkan kerja di Maktab Teknik PDRM Bakri, iaitu pembaikan bangunan dan pagar keselamatan di pondok pengawal, kerja pembaikan lapang sasar semi indoor 25 meter serta perkhidmatan operasi dan penyelenggaraan kolam renang dan kolam junam di kompleks sukan maktab berkenaan pada 2016.
Pada Okt 2020, Mahkamah Sesyen mendapati Hairudin bersalah terhadap enam pertuduhan menerima rasuah dan menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan denda sebanyak RM341,000.
Mahkamah Sesyen bagaimanapun, melepaskan dan membebaskan Hairudin terhadap dua pertuduhan masing-masing menerima wang tunai RM200,000 daripada pengurus SMR Cahaya Enterprise dan juga sembilan pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).
Mahkamah Rayuan Lepas, Bebas Bekas Penolong Jurutera Terhadap Tuduhan Rasuah
rasuah, penolong jurutera, Mahkamah Rayuan, bebas,