BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mahkamah Rayuan Bebaskan Penghantar Makanan Daripada Tuduhan Edar Kanabis

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Mahkamah Rayuan Bebaskan Penghantar Makanan Daripada Tuduhan Edar Kanabis​

42f51783cec1579c50343636b7d0fb20655ecc7e0fa2f


Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskan seorang penghantar makanan daripada pertuduhan mengedar 29.2302 kilogram kanabis selepas membenarkan rayuannya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman terhadapnya.

Panel tiga hakim dibarisi Datuk Noorin Badaruddin, Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin dan Datuk Sri Latifah Mohd Tahar sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkan Muhammad Quddus Zahari serta menjatuhi hukuman penjara selama 30 tahun dan 12 sebatan terhadapnya.

Dalam penghakimannya, Noorin berkata sabitan terhadap perayu adalah tidak selamat untuk dikekalkan.

Beliau berkata keterangan menunjukkan Muhammad Quddus bukan satu-satunya individu yang berada di dalam kenderaan berkenaan kerana tertuduh kedua dan ketiga turut menaiki kenderaan itu bersama-samanya sepanjang perjalanan dari Kedah ke Kuala Lumpur.

“Pihak pendakwaan bertanggungjawab untuk menolak sebarang kemungkinan munasabah bahawa individu selain perayu mempunyai akses terhadap ruang but kenderaan itu atau berpeluang meletakkan dadah berkenaan di dalamnya,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata tiada keterangan menunjukkan hanya Muhammad Quddus mempunyai akses terhadap ruang but kenderaan tempat dadah tersebut ditemukan.

Beliau berkata Mahkamah Tinggi membuat kesimpulan bahawa perayu mempunyai jagaan dan kawalan ekslusif terhadap dadah itu semata-mata kerana perayu merupakan individu yang menyewa kenderaan terbabit serta kunci kereta ditemukan di dalam poketnya semasa perayu ditahan.

Menurut Noorin, pemilikan kunci kereta atau status seseorang selaku penyewa sesebuah kenderaan tidak secara automatik membuktikan bahawa individu berkenaan mempunyai milikan ekslusif terhadap setiap barang yang terdapat di dalam kenderaan itu, lebih-lebih lagi apabila keterangan menunjukkan bahawa kenderaan terbabit telah digunakan bersama-sama oleh dua lagi tertuduh untuk suatu tempoh yang agak lama sebelum penahanan dilakukan.

Muhammad Quddus, 28, mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 4 Julai 2024 yang mensabitkannya atas pertuduhan berkenaan dan menjatuhkan hukuman terhadapnya.

 
Back
Top
Log in Register