BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mahkamah Rayuan Bebaskan Kerajaan Daripada Liabiliti Dalam Saman Kecuaian

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
b2e4dc9ca43e9004fd4edb308e20029b5e3a5ea4d004e


Mahkamah Rayuan telah membebaskan kerajaan daripada liabiliti dalam saman kecuaian yang difailkan oleh sebuah syarikat pengedar filem berhubung penyiaran filem Hindi Boss oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM), kira-kira lapan tahun lepas.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Mohamed Zaini Mazlan, yang bersidang bersama-sama Datuk Alwi Abdul Wahab dan Datin Paduka Evrol Mariette Peters, pada Isnin membenarkan rayuan kerajaan serta RTM untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Tinggi sebelum ini memutuskan bahawa Supreme Broadcast International Sdn Bhd telah membuktikan tuntutan kecuaian terhadap kerajaan dan RTM, serta memerintahkan kedua-duanya membayar pampasan sebanyak USD30,000 kepada syarikat itu.

Ketika menyampaikan keputusan mahkamah, Peters berkata Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam dapatan berhubung liabiliti dan pemberian ganti rugi.

Beliau berkata Supreme Broadcast International Sdn Bhd tidak mengemukakan sebarang bukti bagi membuktikan kerugian sebanyak USD30,000 dan tuntutan syarikat itu adalah tidak dapat dipertahankan.

Mahkamah kemudian memberikan kos sebanyak RM50,000 kepada perayu

Supreme Broadcast mendakwa bahawa ia telah memeterai perjanjian selama lima tahun pada 2013 dengan sebuah syarikat yang berpangkalan di Dubai bagi memperoleh hak untuk mengedarkan filem itu di Malaysia dan Brunei pada kadar USD30,000.

Syarikat itu mendakwa telah menghantar notis kepada RTM bagi menegaskan hak pengedaran eksklusifnya, dan bahawa stesen penyiar tersebut telah melanggar kewajipan berhati-hati apabila gagal mengesahkan tuntutan berkenaan.

Kerajaan dan RTM, dalam pembelaan mereka, menafikan bahawa mereka cuai serta memaklumkan bahawa mereka telah mengikat kontrak dengan syarikat pembekal iaitu Film Station Productions Sdn Bhd bagi filem itu serta tidak pernah berurusan dengan responden berhubung pemerolehan Boss.

 
Back
Top
Log in Register