BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mahkamah Tolak Rayuan Ahli Perniagaan Dalam Saman Fitnah Terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Mahkamah Tolak Rayuan Ahli Perniagaan Dalam Saman Fitnah Terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang​

8cbb47a1572ceed486fa1e9e5c446c3267791d2f8f4d5


Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnah ahli perniagaan Tan Sri Tan Kok Ping terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Dr Alwi Abdul Wahab, Datuk Dr Shahnaz Sulaiman dan Datuk Amarjeet Singh, dalam keputusan sebulat suara menolak rayuan Tan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 26 Nov 2024.

Ketika menyampaikan keputusan mahkamah, Hakim Alwi berkata Mahkamah Tinggi tidak melakukan sebarang kekhilafan yang mewajarkan campur tangan Mahkamah Rayuan.

“Kenyataan responden (Chow) boleh dianggap sebagai komen yang adil kerana ia merupakan pendapat jujur berdasarkan fakta yang dibuktikan berhubung perkara berkepentingan awam iaitu tadbir urus sebuah institusi kebajikan,” katanya.

Beliau berkata pembelaan justifikasi oleh Chow berjaya dibuktikan kerana inti pati kenyataan berkenaan secara umumnya adalah benar, manakala doktrin “separuh benar” tidak terpakai kerana tiada fakta material yang disembunyikan.

Hakim Alwi berkata Tan juga gagal membuktikan wujudnya niat jahat ketika kenyataan itu dibuat, selain pembelaan perlindungan bersyarat oleh Chow turut terpakai kerana beliau berhak memberikan respons secara terbuka terhadap surat peletakan jawatan Tan.

Mahkamah memerintahkan Tan membayar kos RM50,000.

Tan memfailkan saman terhadap Chow pada Januari 2024 berhubung kenyataan Chow dalam dua sidang media yang kemudiannya dilaporkan oleh media.

Kedua-dua sidang media itu masing-masing diadakan di pejabat Chow di Komtar, Pulau Pinang pada 1 Dis 2023 dan 6 Dis 2023.

 
Back
Top
Log in Register