BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Azam Baki Fail Saman Fitnah Terhadap Ahli Perniagaan Albert Tei

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Azam Baki Fail Saman Fitnah Terhadap Ahli Perniagaan Albert Tei​

9315c2c58d01098cc03cbd5af513a8886656d2c599c64

Tan Sri Azam Baki
--fotoBERNAMA


Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki memfailkan saman fitnah terhadap ahli perniagaan Albert Tei berhubung kenyataan mengenai dirinya yang didakwa palsu dan berunsur fitnah.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan firma guaman Messrs Zain Megat & Murad hari ini, writ saman dan penyata tuntutan telah difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam.

Saman berkenaan berhubung kenyataan diterbitkan dan diterbitkan semula menerusi podcast (audio siar), YouTube Shorts serta platform dalam talian yang lain.

Menurut firma itu, Azam menuntut ganti rugi serta injunksi kekal terhadap Tei.

“Azam menegaskan bahawa semua dakwaan adalah tidak berasas dan tidak benar serta telah memulakan prosiding itu bagi mempertahankan reputasi dan nama baiknya yang dibina hampir empat dekad dalam perkhidmatan awam,” menurut kenyataan itu.

Firma guaman yang mewakili Azam itu turut memaklumkan bahawa memandangkan kes berkenaan kini dibicarakan di mahkamah, Azam mahupun firma berkenaan enggan mengulas lanjut mengenai merit kes, dan menggesa semua pihak menghormati proses kehakiman yang sedang berlangsung.

Bagaimanapun, ketika ditemui pemberita selepas sebutan kesnya hari ini, Tei mengesahkan beliau belum menerima writ saman berkenaan.

Terdahulu, semasa prosiding sebutan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Rosli Ahmad, Timbalan Pendakwa Raya M Esther Jacyntha memaklumkan kepada mahkamah pihaknya telah menyerahkan 38 dokumen kepada pihak pembelaan mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah dan masih ada beberapa dokumen lain yang perlu diserahkan.

Beliau berkata pihak kami juga berhasrat supaya kes Albert Tei dan bekas Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dibicarakan bersama.

 
Back
Top
Log in Register