BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dakwaan Ugutan Jenayah Terhadap Azam Baki Diklasifikasikan NFA - AGC

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,764
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,764
Reaction score
289
Points
146

Dakwaan Ugutan Jenayah Terhadap Azam Baki Diklasifikasikan NFA - AGC​

55240961c88bfa7427d07eaf1bdddb8b68909d6b20b3e


Jabatan Peguam Negara (AGC) mengklasifikasikan kertas siasatan berhubung dakwaan kesalahan ugutan jenayah terhadap bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Menurut kenyataan AGC hari ini, keputusan itu dibuat selepas meneliti hasil siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung laporan yang dibuat ahli perniagaan Albert Tei atau nama sebenarnya Tei Jiann Cheing.

Menurut kenyataan itu, penelitian mendapati elemen kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan bagi dakwaan ugutan jenayah tersebut tidak dapat dibuktikan.

"Oleh yang demikian, kertas siasatan tersebut telah diputuskan untuk diklasifikasikan sebagai NFA," menurut kenyataan itu.

Pada 13 Mei lepas, Tei membuat laporan polis mendakwa menerima ancaman daripada Azam ketika beliau cuba mendedahkan dakwaan skandal rasuah membabitkan ahli politik di Sabah.

Sabtu lepas, AGC mengesahkan pihaknya sedang meneliti dua kertas siasatan membabitkan Azam iaitu berkaitan dakwaan ugutan jenayah terhadap Tei serta penerbitan artikel oleh portal Bloomberg.com yang didakwa mengandungi kenyataan berunsur fitnah.

Terdahulu semalam, Azam memfailkan saman fitnah terhadap Tei di Mahkamah Tinggi Shah Alam berhubung kenyataan ahli perniagaan itu yang didakwa palsu serta mencemarkan reputasinya.

 
Back
Top
Log in Register