BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mahkamah Rayuan Ketepi Ganti Rugi RM50,000 Dalam Kes Saman Fitnah Lim Guan Eng

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Mahkamah Rayuan Ketepi Ganti Rugi RM50,000 Dalam Kes Saman Fitnah Lim Guan Eng​

df2a8a67fb906f1bc87318710ad047a06aa13da558b36


Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin serta dua lagi untuk membayar ganti rugi RM50,000 kepada Lim Guan Eng kerana memfitnah penasihat DAP itu.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid dan Datuk Amarjeet Singh membuat keputusan itu secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan Zuraida, editor MalaysiaNow Muhammad Abd Ar-Rahman Koya serta MNow Media Sdn Bhd.

Mereka juga menolak rayuan balas Lim untuk menaikkan jumlah ganti rugi.

Mahkamah turut memerintahkan Lim membayar kos sebanyak RM30,000.

Ketika menyampaikan keputusan itu, Mohd Firuz berkata artikel yang dipertikai tidak menimbulkan maksud tersirat seperti yang didakwa oleh Lim.

“Kami mendapati terdapat kekhilafan yang jelas dalam penghakiman Mahkamah Tinggi dan sehubungan dengan itu, keputusan tersebut tidak boleh dikekalkan,” katanya sambil menambah bahawa cara Mahkamah Tinggi menangani pembelaan dalam kes itu amat tidak memuaskan.

Beliau berkata analisis akhir mahkamah menunjukkan bahawa penilaian Mahkamah Tinggi terhadap pembelaan justifikasi adalah bersandarkan kepada dokumen semata-mata, bukannya berdasarkan apa yang berlaku antara kedua-dua menteri ketika mereka bertemu pada waktu itu.

Mohd Firuz juga berkata terdapat dapatan yang tidak konsisten apabila dalam satu bahagian, hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa wujud niat jahat namun di bahagian lain pula mendapati tiada bukti mengenai niat jahat.

Pada 7 Jun 2024, Lim memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan menamakan Zuraida, Muhammad Abd Ar-Rahman Koya dan MNow Media sebagai defendan.

 
Back
Top
Log in Register