BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kes Saman Fitnah: Papagomo Diperintah Bayar Ganti Rugi RM280,000 Kepada Lim Guan Eng, AnakÂ

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Kes Saman Fitnah: Papagomo Diperintah Bayar Ganti Rugi RM280,000 Kepada Lim Guan Eng, AnakÂ​

24e139da4f358a8e46d35b77527c3b9f6a0c100b2e6c8

Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo

Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo membayar ganti rugi RM280,000 kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan anak lelakinya dalam kes saman fitnah.

Hakim Roslan Mat Nor memutuskan demikian selepas membenarkan saman fitnah Lim dan Clint Lim Way Chau selaku plaintif terhadap Wan Muhammad Azri sebagai defendan berhubung isu penahanan Way Chau di Singapura atas dakwaan membawa masuk wang tunai RM2 juta pada 2020 tanpa pengisytiharan.

"Mahkamah memerintahkan defendan membayar ganti rugi global berjumlah RM200,000 dan kos RM30,000 kepada plaintif pertama (Guan Eng) serta membayar ganti rugi RM80,000 dan kos RM10,000 kepada defendan kedua (Way Chau)," kata Hakim Roslan.

Pada 19 April 2020, Guan Eng dan anaknya memfailkan saman mendakwa defendan telah menyiarkan kenyataan berbaur fitnah di laman Facebook beliau bahawa Way Chau telah ditahan di Lapangan Terbang Changi pada 29 Feb 2020 kerana membawa masuk wang tunai sebanyak RM2 juta tanpa mengisytiharkannya.

Guan Eng berkata defendan yang memuat naik hantaran itu di laman Facebook di bawah nama 'Papa Azri' pada 14 Mac 2020, mendakwa beliau telah ke Singapura pada 29 Feb 2020 selepas anaknya ditahan di Lapangan Terbang Changi.

Hakim Roslan dalam penghakimannya berkata selepas meneliti keterangan saksi-saksi, mahkamah mendapati Wan Muhammad Azri adalah 'Papa Azri' yang terpapar dalam kenyataan dibuat di Facebook.

"Defendan adalah individu yang mengendalikan akaun Fan Page 'Papa Azri' di Facebook dan tiada keterangan menunjukkan akaun tersebut dikendalikan oleh pihak lain," katanya.

Selain itu, Hakim Roslan berkata kenyataan defendan merujuk kepada kedua-dua plaintif berhubung isu penahanan Way Chau di Singapura.

"Mahkamah berpuas hati bahawa kenyataan sedemikian menimbulkan persepsi umum bahawa plaintif pertama (Guan Eng) merupakan individu tidak amanah dan cuba merestui tindakan anaknya serta cuba menyelesaikan masalah anaknya yang ditahan di sana (Singapura).

 
Siapa agaknya funder jebon ni?
Kalau tak silap bisnes gym dah melingkop.
team walabot dia dlm telegram byk derma kat dia bang..
tu yg goyang kaki jer kalo kena saman..
takde sapa mintak check acc bank dia ke?...hehe
 
Back
Top
Log in Register