Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,763
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,763
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Kes Saman Fitnah: Papagomo Diperintah Bayar Ganti Rugi RM280,000 Kepada Lim Guan Eng, AnakÂ
Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo
Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo membayar ganti rugi RM280,000 kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan anak lelakinya dalam kes saman fitnah.
Hakim Roslan Mat Nor memutuskan demikian selepas membenarkan saman fitnah Lim dan Clint Lim Way Chau selaku plaintif terhadap Wan Muhammad Azri sebagai defendan berhubung isu penahanan Way Chau di Singapura atas dakwaan membawa masuk wang tunai RM2 juta pada 2020 tanpa pengisytiharan.
"Mahkamah memerintahkan defendan membayar ganti rugi global berjumlah RM200,000 dan kos RM30,000 kepada plaintif pertama (Guan Eng) serta membayar ganti rugi RM80,000 dan kos RM10,000 kepada defendan kedua (Way Chau)," kata Hakim Roslan.
Pada 19 April 2020, Guan Eng dan anaknya memfailkan saman mendakwa defendan telah menyiarkan kenyataan berbaur fitnah di laman Facebook beliau bahawa Way Chau telah ditahan di Lapangan Terbang Changi pada 29 Feb 2020 kerana membawa masuk wang tunai sebanyak RM2 juta tanpa mengisytiharkannya.
Guan Eng berkata defendan yang memuat naik hantaran itu di laman Facebook di bawah nama 'Papa Azri' pada 14 Mac 2020, mendakwa beliau telah ke Singapura pada 29 Feb 2020 selepas anaknya ditahan di Lapangan Terbang Changi.
Hakim Roslan dalam penghakimannya berkata selepas meneliti keterangan saksi-saksi, mahkamah mendapati Wan Muhammad Azri adalah 'Papa Azri' yang terpapar dalam kenyataan dibuat di Facebook.
"Defendan adalah individu yang mengendalikan akaun Fan Page 'Papa Azri' di Facebook dan tiada keterangan menunjukkan akaun tersebut dikendalikan oleh pihak lain," katanya.
Selain itu, Hakim Roslan berkata kenyataan defendan merujuk kepada kedua-dua plaintif berhubung isu penahanan Way Chau di Singapura.
"Mahkamah berpuas hati bahawa kenyataan sedemikian menimbulkan persepsi umum bahawa plaintif pertama (Guan Eng) merupakan individu tidak amanah dan cuba merestui tindakan anaknya serta cuba menyelesaikan masalah anaknya yang ditahan di sana (Singapura).
Kes Saman Fitnah: Papagomo Diperintah Bayar Ganti Rugi RM280,000 Kepada Lim Guan Eng, Anak
mahkamah, Lim Guan Eng, Papagomo, saman fitnah, me