kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,703
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,703
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh (tengah), bergambar kenangan bersama barisan peguamnya selepas keputusan rayuannya berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnah terhadap Tan Sri Musa Hassan berkaitan kenyataan di sebuah forum di UiTM, di Mahkamah Rayuan 6, Putrajaya, hari ini.
Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini diperintah membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh dalam satu kes saman fitnah.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Azimah Omar juga memerintahkan Musa membayar kos sebanyak RM60,000 kepada Hannah.
“Pesuruhjaya Kehakiman telah terkhilaf dalam keputusannya ketika menolak saman Hannah.
"Kami membenarkan rayuan ini dan memerintahkan agar keputusan beliau diketepikan," kata Azimah yang bersidang bersama-sama Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Dr Choo Kah Sing dan Datuk Dr Shahnaz Sulaiman.
Bekas Menteri Belia dan Sukan itu memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 23 Dis 2024 yang menolak samannya terhadap Musa dan mengarahkan beliau membayar kos sebanyak RM40,000.
Hannah, yang hadir di mahkamah hari ini, memfailkan saman terhadap Musa pada 2020 berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Ketua Polis Negara itu pada forum bertarikh 30 Jan 2020.
Berita lanjut menyusul.
Saman Fitnah: Musa Hassan Diperintah Bayar Ganti Rugi RM250,000 Kepada Hannah Yeoh
Saman Fitnah: Musa Hassan Diperintah Bayar Ganti R