BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

2 jam baca 146 pertuduhan rasuah penolong jurutera

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,485
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,485
Reaction score
1,681
Points
201
406858-406858.jpg


2 jam baca 146 pertuduhan rasuah penolong jurutera

Ipoh: Jurubahasa Mahkamah Sesyen di sini, hari ini mengambil masa dua jam untuk membacakan 146 pertuduhan rasuah membabitkan nilai RM183,500 terhadap Penolong Jurutera Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kerian.


Berdasarkan pertuduhan, tertuduh sebagai Penolong Jurutera Gred JA36 (TBK 1) di Bahagian Pembangunan Daerah PDT Kerian, menerima rasuah daripada seorang lelaki berumur 36 tahun di sekitar daerah Kerian antara 3 Januari 2022 hingga Oktober 2023.

Mengikut pertuduhan, RM103,800 diterima tertuduh sepanjang tahun 2022 dan RM79,700 sepanjang 2023 dengan setiap transaksi membabitkan nilai antara RM500 hingga RM2,000.

Difahamkan, wang rasuah yang diterima tertuduh adalah daripada pemilik syarikat kontraktor yang menjalankan kerja di PDT berkenaan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Sharul Azuan Ghazali serta Timbalan Pendakwa Raya Maziyah Mansor, manakala tertuduh diwakili peguam P Ravee.

Sharul Azuan menawarkan jaminan RM1,000 bagi setiap satu pertuduhan menjadikan keseluruhan jaminan RM146,000 dengan seorang penjamin serta menyerahkan pasport kepada mahkamah, melapor diri ke pejabat SPRM pada minggu pertama setiap bulan dan tidak mengganggu saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Ravee bagaimanapun memohon jaminan dikurangkan kepada RM50,000 dengan mengambil kira pendapatan tertuduh yang kini sudah ditukarkan untuk berkhidmat di jabatan kerajaan yang lain sekitar RM6,000 sebulan dengan menyara tiga anak bersekolah.

Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM50,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan melapor diri ke pejabat SPRM Ipoh pada hari Jumaat pertama setiap bulan.

Mahkamah kemudian menetapkan 26 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Tertuduh membayar wang jaminan.

Kredit ➡️ Harian Metro
 
Back
Top
Log in Register