BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penolong Jurutera Didakwa Terima Suapan RM12,200

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Penolong Jurutera Didakwa Terima Suapan RM12,200​

b2e4dc9ca43e9004fd4edb308e20029b5e3a5ea4d004e


Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas lima pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM12,200.

Bagi semua pertuduhan, Yusri Yunus, 51, yang ketika kejadian merupakan penolong jurutera di Majlis Perbandaran Kemaman dituduh menerima suapan wang tunai RM5,000 daripada seorang pengarah syarikat, dan RM7,200 daripada seorang lelaki yang mempunyai hubungan dengan tugas rasmi tertuduh, dan wang itu dipindahkan ke akaun bank miliknya.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di daerah Kemaman pada 3 Mac 2015 dan antara 27 Jan 2015 hingga 12 Mei 2016.

Pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Nur Amalina Najwa Mohd Ali menawarkan jaminan RM20,000 dengan syarat tambahan, iaitu melapor diri sekali sebulan di pejabat SPRM, tidak mengganggu mana-mana saksi pendakwaan dan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Peguam Ahmad Nur Faid Afiq Aziz yang mewakili Yusri memohon jaminan dikurangkan kerana anak guamnya menyara ibu, isteri serta tiga anak yang masih melanjutkan pengajian selain mengalami masalah kesihatan termasuk kencing manis dan darah tinggi.

Hakim Azman Mustapha membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin serta membenarkan syarat tambahan yang dimohon pihak pendakwaan dan menetapkan 17 Ogos untuk sebutan semula kes.

 
Back
Top
Log in Register