BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mahkamah Benar Rosmah Dapat Sementara Pasport Untuk Lawat Anak Perempuan Di Singapura

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,711
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,711
Reaction score
97
Points
80
73a94dc0a24889d4b8ef434d6d6d54b068259eb34f163

Datin Seri Rosmah Mansor

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara hingga 30 April bagi membolehkan beliau melawat anak perempuannya di Singapura.

Peguam Rosmah, Datuk Jagjit Singh mengemukakan permohonan menerusi prosiding dalam talian di hadapan panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Azmi Ariffin, Datuk Noorin Badaruddin dan Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid.

Hakim Azmi yang mempengerusikan panel itu membenarkan permohonan berkenaan selepas Timbalan Pendakwa Raya K.Mangai yang mewakili pihak pendakwaan tidak mempunyai sebarang bantahan.

Terdahulu, Jagjit Singh dengan dibantu Datuk Akberdin Abdul Kader, memaklumkan kepada mahkamah bahawa isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu memohon pelepasan pasport oleh mahkamah bagi membolehkan beliau ke Singapura pada 1 Feb hingga 30 April ini.

Beliau berkata Rosmah akan pulang ke Kuala Lumpur dan menyerahkan semula pasportnya kepada mahkamah pada 20 Feb ini.

Jagjit Singh berkata Rosmah akan kekal berada di Kuala Lumpur sehingga rayuannya di Mahkamah Persekutuan selesai, berhubung permohonan supaya seorang hakim Mahkamah Tinggi menarik diri daripada mendengar kesnya.

Beliau berkata pasport berkenaan kemudian akan dipulangkan semula kepada Rosmah pada 26 Feb untuk membolehkan Rosmah ke Singapura dan kekal di sana hingga 30 April.

Sebelum ini, Rosmah pernah mengemukakan permohonan sama untuk melawat anak perempuannya.

Jagjit Singh berkata Rosmah akan berada di Kuala Lumpur bagi prosiding rayuannya berhubung permohonan supaya Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Mohamed Zaini Mazlan, yang kini hakim Mahkamah Rayuan menarik diri daripada mendengar kes rasuahnya berkaitan projek solar hibrid di Sarawak.

 
Back
Top
Log in Register