BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kes Jana Wibawa: Hadir Ke Mahkamah Untuk Bercakap Benar - Saksi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kes Jana Wibawa: Hadir Ke Mahkamah Untuk Bercakap Benar - Saksi​

2fe812bd5f5f98ef41e00e424a1bcc6b6a99618b289fb

Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Pengarah KCJ Engineering Sdn Bhd Datuk Seri Azman Yusoff, hari ini menegaskan beliau hadir ke mahkamah untuk bercakap benar tanpa mengambil kira sama ada bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menang atau kalah dalam kes yang dihadapinya.

Azman, 54, yang juga Presiden Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM) berkata demikian ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin pada perbicaraan kes Muhyiddin yang berdepan tujuh pertuduhan menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram.

"Saya hadir ke mahkamah untuk bercakap benar dan saya tidak kira sama ada Tan Sri Muhyiddin menang atau kalah dalam kes ini. Saya tidak peduli… yang penting, saya bercakap benar di mahkamah. Saya telah mengangkat sumpah," kata saksi pendakwaan ke-27 itu.

Azman turut menyifatkan kandungan borang aduan yang mendakwa beliau meminta dan menerima wang daripada syarikat kontraktor berkaitan perolehan projek Jana Wibawa sebagai fitnah terhadapnya.

"Saya tidak direman dan tidak dituduh di mahkamah kerana saya tidak melakukan apa-apa kesalahan.

"Rasuah hanya melibatkan orang yang ada kuasa. Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan (MOF) ada kuasa… jadi bagi saya, hanya orang yang ada kuasa boleh meminta dan menerima (rasuah). Saya tidak ada kuasa dalam perkara ini,” katanya.

Beliau turut menolak dakwaan pihak pembelaan bahawa dirinya menerima “special treatment” (layanan istimewa) daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya kerana tidak direman atau didakwa.

“Apa yang dimaksudkan dengan 'special treatment' oleh peguam? Hanya kerana saya tidak direman dan didakwa, mereka anggap ia 'special treatment',” katanya.

Azman berkata beliau hadir ke pejabat SPRM untuk memberikan keterangan sebenar dan menjelaskan bahawa beliau tidak mempunyai kuasa untuk memberikan projek Jana Wibawa kepada mana-mana syarikat kontraktor.

 
Back
Top
Log in Register