combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,142
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,142
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Kes Jana Wibawa: Tiada Niat Tipu MOF, Kerajaan Untuk Dapatkan Projek - Saksi
KUALA LUMPUR, 16 Julai -- Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika hadir pada hari kedua perbicaraan kes saman yang difailkan bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Al-Bukhary di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.
--fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA
Pengarah syarikat Metrasys Sdn Bhd memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak berniat untuk menipu Kementerian Kewangan (MOF) dan kerajaan bagi mendapatkan projek di bawah Program Jana Wibawa.
Lian Tan Chuan, 55, yang juga pengasas Nepturis Sdn Bhd, berkata beliau tidak pernah memohon untuk mendapatkan projek kerajaan kerana peluang bagi syarikat bukan Bumiputera sangat terhad.
Saksi pendakwaan ke-21 itu berkata demikian semasa disoal Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin pada perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berdepan tujuh pertuduhan menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram membabitkan projek Jana Wibawa.
Sebelum ini, Pengarah dan Eksekutif Kanan Perolehan Nepturis Sdn Bhd Aliza Abd Malek berkata syarikat itu menerima e-mel pada 26 Mac 2021 daripada MOF bahawa ia telah memperoleh projek pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, Selangor bernilai RM141 juta.
Kepada soalan sama ada Metrasys boleh ditukar kepada syarikat Bumiputera kerana saksi itu mempunyai pekerja iaitu Aliza (Aliza Abd Malek) dan Rizman (Mohd Rizman Akum Khan), Lian menjawab: “Boleh ditukar tetapi saya hendak mengekalkan Metrasys untuk saya dan isteri saya sahaja... bagi syarikat Bumiputera, kami ada cadangan lain sebab itu kami wujudkan Nepturis”.
Bagaimanapun, Lian berkata mengikut syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), nama beliau tidak boleh ada dalam dua syarikat.
"Contohnya, kalau nama saya sudah ada di Metrasys, nama saya tidak boleh didaftarkan di Nepturis. Sekiranya didaftarkan juga, ia akan ditolak dan Nepturis tidak akan dapat (lesen) G7 dan taraf Bumiputera," katanya.
Pada prosiding sebelum ini, Aliza berkata pada 2018, beliau dan Mohd Rizman (Pengarah Urusan Nepturis) mengambil alih syarikat itu serta dilantik sebagai pengarah, dengan masing-masing memegang saham sebanyak 50 peratus.
Aliza, yang juga saksi pendakwaan ke-13, berkata Lian atau lebih dikenali sebagai TC Lian, mempunyai pegangan saham sebanyak 30 peratus dalam Nepturis kerana segala modal syarikat itu ialah hasil suntikan daripada Metrasys.