BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kes Jana Wibawa: MOF Dapat Arahan 'Pihak Atasan' Proses Permohonan Syarikat Disyorkan PMO - Saksi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kes Jana Wibawa: MOF Dapat Arahan 'Pihak Atasan' Proses Permohonan Syarikat Disyorkan PMO - Saksi​

08a682fba49640bbf49982df17ec9fb96a881ad80a094

Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir di Mahkamah Tinggi hari ini bagi perbicaraan tujuh pertuduhan menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Kementerian Kewangan (MOF) mendapat arahan 'pihak atasan' untuk hanya memproses permohonan yang disyorkan daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO) bagi projek di bawah Program Jana Wibawa.

Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan di Kementerian Kewangan Datin Rosni Mohd Yusoff, 54, yang ketika itu Setiausaha Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan di kementerian berkenaan berkata perkara tersebut dimaklumkan oleh Datuk Zamzuri Abdul Aziz yang merupakan ketua beliau pada ketika itu.

"Sebagai penjawat awam, minit (catatan) tertera ataupun minit yang diletakkan dalam satu dokumen itu adalah satu tindakan. Berdasarkan kepada minit tersebut, tindakan telahpun diambil oleh Pejabat Menteri Kewangan dan diberi arahan kepada Bahagian Perolehan melalui Datuk Zamzuri dan juga kepada saya.

"Hierarkinya, datangnya daripada pejabat PMO kepada Pejabat Menteri Kewangan. Pejabat Menteri Kewangan memberi arahan kepada SU (Setiausaha) Bahagian Perolehan untuk melaksanakan tindakan sepertimana telah diminitkan dan itu adalah punca kuasa untuk saya melaksanakan proses tersebut," katanya semasa disoal Timbalan Pendakwa Raya Noralis Mat.

Saksi pendakwaan ke-25 itu berkata demikian pada perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berdepan tujuh pertuduhan menyalahgunakan kedudukan serta pengubahan wang haram membabitkan projek Jana Wibawa.

Kepada soalan Noralis mengenai arahan itu tidak akan datang secara tiba-tiba dan Rosni menjawab, Ya, betul.

Berhubung surat dikemukakan oleh PMO kepada Kementerian Kewangan membabitkan KCJ Engineering Sdn Bhd, Rosni berkata pihaknya telah mendapat maklumat mengenai prestasi syarikat berkenaan supaya penilaian semula dilakukan kepada KCJ Engineering.

Sebelum ini, Rosni dalam pernyataan saksinya berkata syarikat KCJ Engineering telah lulus penilaian pada peringkat pertama (syarat mandatori) dan kedua (keupayaan kewangan), namun gagal pada penilaian peringkat ketiga (keupayaan teknikal).

Beliau berkata KCJ Engineering yang memohon bagi projek Membina Jalan Baru Menyambung Felda Bukit Jalor Ke Gemas, Negeri Sembilan pernah gagal dalam penilaian kontraktor kerana mempunyai projek sakit serta prestasi kerja semasa yang tidak memuaskan.

 
Back
Top
Log in Register