BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kes Muhyiddin: Pembelaan Mohon Tindakan Hina Mahkamah Terhadap Saksi Jana Wibawa

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

Kes Muhyiddin: Pembelaan Mohon Tindakan Hina Mahkamah Terhadap Saksi Jana Wibawa​

e032b7b56d3d6e88a1cfb7387954adf76aa8e7862202b

Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir di Mahkamah Tinggi hari ini bagi perbicaraan tujuh pertuduhan menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram.

Pasukan pembelaan dalam kes Jana Wibawa membabitkan Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memohon Mahkamah Tinggi supaya mengambil tindakan menghina mahkamah terhadap saksi pendakwaan ke-29, Mazery Mohd Zaini, berhubung laporan polis yang dibuat terhadap seorang daripada peguam yang mewakili bekas Perdana Menteri itu.

Peguam Datuk Amer Hamzah Arshad berkata laporan polis itu dibuat terhadap beliau berhubung isu pemilikan dokumen, iaitu salinan rakaman percakapan Adam Radlan Adam Muhammad yang didakwa tiada kaitan dengan perbicaraan kes di mahkamah ini.

"Saya hanya boleh membuat kesimpulan bahawa individu yang menyampaikan maklumat ini ialah saksi yang berada di kandang saksi hari ini, ketika dia masih mengangkat sumpah dan masih dalam proses memberikan keterangan.

"Kini, tindakan membuat laporan polis, menyebut nama saya, cuba mencemarkan reputasi dan memberikan maklumat palsu bahawa laporan atau dokumen itu tiada kaitan dengan kes ialah satu cubaan untuk mengelirukan orang awam dan pihak berkuasa serta satu bentuk intimidasi.

"Saya tidak mahu membuang masa mahkamah, tetapi saya ingin merekodkan bahawa kami sedang mempertimbangkan pelbagai tindakan undang-undang. Saya tidak menolak kemungkinan membuat laporan terhadap pihak yang berkenaan termasuk pegawai penyiasat kerana membuat laporan palsu, menghina mahkamah dan mengambil apa-apa tindakan undang-undang yang lain," katanya.

Peguam itu berkata demikian sebelum perbicaraan kes Muhyiddin, yang berdepan tujuh pertuduhan menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram di hadapan Hakim Noor Ruwena Md Nurdin.

Bagaimanapun, Mazery, yang juga pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang sepatutnya menyambung keterangannya hari ini memohon maaf kepada barisan peguam, terutama Amer Hamzah berhubung laporan polis yang dibuat tentang kebocoran dokumen berkenaan.

“Pertama, saya ingin memohon maaf kepada barisan peguam, terutamanya Datuk Amer berkenaan dengan laporan polis yang dibuat kerana bimbang dokumen berkenaan mungkin keluar daripada pihak pegawai SPRM dan wujud kebocoran maklumat dalaman daripada pegawai SPRM.

"Saya perlu melindungi jabatan saya sendiri terhadap integriti pegawai SPRM. Oleh sebab itu, laporan dibuat untuk melihat ada atau tidak ruang-ruang kebocoran di pihak SPRM sendiri kerana kita tidak mahu dokumen-dokumen terperingkat yang penting seperti ini boleh sewenang-wenangnya keluar, terutama pada masa hadapan," katanya.

 
Back
Top
Log in Register