BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jana Wibawa: PM Tiada Kuasa Arah Projek Dianugerah Kepada Syarikat Tertentu - Saksi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Jana Wibawa: PM Tiada Kuasa Arah Projek Dianugerah Kepada Syarikat Tertentu - Saksi​

5d77be23762cee419e96aa95f77d20226a85808f47e7e

Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) yang berdepan tujuh pertuduhan menyalahgunakan kedudukan serta pengubahan wang haram membabitkan projek Jana Wibawa hadir bagi perbicaraan kes itu di Mahkamah Tinggi hari ini. --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa perdana menteri tidak mempunyai kuasa di sisi undang-undang dan peraturan perolehan kerajaan untuk mengarahkan sesuatu projek dianugerahkan secara terus kepada mana-mana syarikat tertentu.

Timbalan Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) di Kementerian Kewangan Datuk Zamzuri Abdul Aziz, 56, yang ketika itu Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan di kementerian berkenaan berkata kuasa menentukan sama ada sesuatu projek dilaksanakan secara pra-kelayakan atau rundingan terus terletak di bawah bidang kuasa menteri kewangan manakala perdana menteri tiada kuasa membuat keputusan itu.

"Berkaitan dengan penganugerahan projek kerajaan, saya menyatakan bahawa bagi projek bernilai di bawah RM100 juta, kuasa untuk memuktamadkan pelantikan kontraktor terletak pada Lembaga Perolehan kementerian berkaitan.

"Bagi projek bernilai melebihi RM100 juta, Lembaga Perolehan kementerian berkenaan akan mengemukakan syor atau keputusan mereka kepada Kementerian Kewangan untuk dimuktamadkan," katanya dalam pernyataan saksi.

Saksi pendakwaan ke-26 itu berkata demikian pada perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berdepan tujuh pertuduhan menyalahgunakan kedudukan serta pengubahan wang haram membabitkan projek Jana Wibawa.

Kepada soalan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin mengenai sama ada terdapat penglibatan Pejabat Perdana Menteri (PMO) semasa proses perolehan dan penilaian bagi syarikat KCJ Engineering Sdn Bhd, Zamzuri menjawab ada.

Pada prosiding semalam, Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan di Kementerian Kewangan Datin Rosni Mohd Yusoff menyatakan KCJ Engineering pernah gagal dalam penilaian kontraktor kerana mempunyai projek sakit serta prestasi kerja semasa tidak memuaskan bagi melaksanakan projek di bawah Program Jana Wibawa.

Saksi pendakwaan ke-25 itu berkata syarikat kejuruteraan dan pembinaan berkenaan memohon bagi projek Membina Jalan Baru Menyambung Felda Bukit Jalor Ke Gemas, Negeri Sembilan.

Zamzuri turut bersetuju dengan Wan Shaharuddin bahawa KCJ Engineering pada awalnya tidak berjaya dalam proses penilaian peringkat awal dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Kontraktor Program Jana Wibawa.

 
Back
Top
Log in Register