BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kes Jana Wibawa: Pengarah Syarikat KCJ Engineering Sumbang RM4.8 Juta Kepada Bersatu

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kes Jana Wibawa: Pengarah Syarikat KCJ Engineering Sumbang RM4.8 Juta Kepada Bersatu​

5fa9149cd0b8b74a23f37236a8fd5eee679348c7355d6


Pengarah Syarikat KCJ Engineering Sdn Bhd memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau menyumbang RM4.8 juta kepada Bersatu selepas syarikatnya dianugerahkan projek membina jalan baharu yang menghubungkan Felda Bukit Jalor ke Gemas, Negeri Sembilan, secara rundingan terus di bawah Program Jana Wibawa bernilai RM62 juta.

Datuk Seri Azman Yusoff, 54, berkata bayaran itu dibuat mengikut kiraan dan kemampuan syarikat untuk membuat sumbangan lebih kurang tujuh hingga lapan peratus daripada nilai projek berkenaan dan berdasarkan pengalaman beliau, keuntungan dalam projek pembinaan jalan kerajaan boleh mencapai keuntungan lebih kurang 15 peratus hingga 20 peratus.

"Saya sahkan telah membuat sumbangan berjumlah RM4.8 juta kepada Bersatu yang mana RM4 juta dari akaun peribadi saya sendiri, manakala RM800,000 dari akaun syarikat saya, iaitu KCJ Engineering kerana syarikat saya dianugerahkan projek membina jalan baharu yang menghubungkan Felda Bukit Jalor ke Gemas secara rundingan terus di bawah Program Jana Wibawa oleh Kerajaan Malaysia semasa pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri dan juga Presiden Bersatu.

"Saya yang menyediakan empat keping cek (bagi sumbangan RM4 juta) itu dan menyerahkan cek tersebut kepada Bendahari Agong Bersatu, Datuk Salleh Baijuri sama ada di rumahnya atau pejabat Bersatu.

“Sumber kewangan untuk saya membuat bayaran kepada Bersatu daripada pinjaman saya sebagai pengarah urusan syarikat KCJ dengan syarikat saya sendiri. Pinjaman ini akan ditolak semula dengan bayaran dividen syarikat kepada saya pada akhir tahun," katanya.

Saksi pendakwaan ke-27 itu berkata demikian semasa membacakan pernyataan saksi pada perbicaraan kes Muhyiddin yang berdepan tujuh pertuduhan menyalahgunakan kedudukan serta pengubahan wang haram membabitkan projek Jana Wibawa.

Ahli perniagaan yang berpengalaman selama 25 tahun dalam industri pembinaan projek kerajaan itu berkata, walaupun ketika itu syarikatnya belum menerima apa-apa bayaran daripada kerajaan berkaitan dengan projek Jana Wibawa, namun beliau telah mendahulukan wangnya sendiri kerana syarikatnya akan menerima bayaran pendahuluan dan tuntutan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) selepas syarikat tersebut mendapat Surat Setuju Terima (SST) bagi projek berkenaan.

"Bagi pembayaran sumbangan RM800,000 kepada Bersatu daripada akaun syarikat KCJ, saya mengarahkan akauntan syarikat, iaitu Zuraida menyediakan empat keping cek tersebut dan saya sendiri yang menyerahkan cek-cek tersebut kepada Datuk Salleh Baijuri.

“Sumber kewangan adalah hasil penerimaan bayaran tuntutan daripada JKR bagi Projek Menaiktaraf Sistem Bekalan Gas Perubatan, Sistem Pendingin Hawa Berpusat, Sistem Pencegahan Kebakaran, Sistem Pendawaian Elektrik dan Kerja-kerja Berkaitan di Bangunan Utama Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan yang saya dilantik sebagai subkontraktor oleh syarikat kontraktor utama, iaitu Fastcool Corporation Sdn Bhd," katanya yang juga Presiden Kontraktor Bumiputera Malaysia.

 
Back
Top
Log in Register