combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Jana Wibawa: Pengarah KCJ Engineering Nafi Salah Guna,'Jual' Nama Muhyiddin
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir di Mahkamah Tinggi hari ini bagi perbicaraan tujuh pertuduhan menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Pengarah Syarikat KCJ Engineering Sdn Bhd hari ini menafikan bahawa beliau menyalahgunakan nama Tan Sri Muhyiddin Yassin atau 'menjual' nama bekas Perdana Menteri itu bagi meyakinkan kontraktor yang memohon projek di bawah Program Jana Wibawa.
Datuk Seri Azman Yusoff, 54, yang juga Presiden Kontraktor Bumiputera Malaysia berkata demikian semasa pemeriksaan balas peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik pada perbicaraan kes Muhyiddin yang berdepan tujuh pertuduhan menyalahgunakan kedudukan serta pengubahan wang haram.
Saksi pendakwaan ke-27 itu tidak bersetuju dengan cadangan peguam bahawa semakin banyak beliau mengajak kontraktor memohon projek di bawah Program Jana Wibawa, semakin banyak wang diterima KCJ Engineering dan syarikat Addeen Engineering Sdn Bhd.
Menurut saksi, syarikat Addeen Engineering adalah milik adik iparnya dan beliau mengakui mempunyai kepentingan dalam syarikat berkenaan.
Bagaimanapun, Azman mengakui bahawa KCJ Engineering telah menerima RM1 juta daripada syarikat Nepturis Sdn Bhd.
Pada prosiding sebelum ini, Pengasas Nepturis Sdn Bhd Lian Tan Chuan (TC Lian) berkata beliau ada memberi sumbangan RM1 juta kerana Nepturis telah memperoleh projek pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, Selangor bernilai RM141 juta.
Disoal Hisyam sama ada Azman tahu bahawa TC Lian memberi sumbangan RM1 juta kerana beliau (Azman) adalah Presiden Kontraktor Bumiputera Malaysia, Azman menjawab, tidak tahu.
Saksi itu juga tidak bersetuju dengan cadangan peguam bahawa beliau diberi layanan istimewa dalam siasatan kes Jana Wibawa.
"Saya telah memberikan kerjasama dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semasa siasatan kes berkenaan," katanya.