BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jana Wibawa: Muhyiddin Lepas Bebas Satu Pertuduhan Salah Guna Kedudukan, Tiga AMLA

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Jana Wibawa: Muhyiddin Lepas Bebas Satu Pertuduhan Salah Guna Kedudukan, Tiga AMLA​

b56b327427ea0638b4eca620145c113b6aa8f17a2abb7

Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir di Mahkamah Tinggi hari ini bagi perbicaraan tujuh pertuduhan menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram.

Mahkamah Tinggi hari ini melepaskan dan membebaskan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada satu pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan RM200 juta dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah sama.

Hakim Noor Ruwena Md Nurdin memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Ahmad Akram Gharib untuk tidak meneruskan kes berkenaan terhadap Muhyiddin, 79, dengan mengguna pakai peruntukan Seksyen 254(1) Kanun Tatacara Jenayah.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pagoh itu masih berdepan tiga pertuduhan salah guna kedudukan untuk suapan berjumlah RM25.3 juta.

Muhyiddin dilepaskan dan dibebaskan daripada satu pertuduhan menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Bersatu untuk suapan berjumlah RM200 juta bagi Bersatu daripada Bukhary Equity Sdn Bhd berkaitan Projek Jana Wibawa di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Putrajaya antara 1 Mac 2020 hingga 20 Ogos 2021.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Beliau turut dibebaskan daripada tiga pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM200 juta daripada Bukhary Equity, yang dimasukkan ke dalam akaun AmBank dan CIMB Bank milik Bersatu di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur antara Februari 2021 hingga Julai 2022.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) dibaca bersama Seksyen 87(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.

Seksyen itu membawa hukuman penjara hingga 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan terbabit dilakukan atau RM5 juta, yang mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

 
Kuat ke bersatu?
Harap gabung dgn pas je aritu... 🤣
tak berbaloi langsung kena kutuk & caci dgn rakyat semata mata nak tarik parti yg dah start hilang deposit...

yg mana perasaan rakyat tak suka PH tgh memuncak , bertambah tambah lagi la orang menyampah & loya dgn PH...

bawak Bersatu masuk PH , Bersatu tak bawak pengundi pun... alahai tak berapa cerdiknya :LOL:
 
Last edited:
tak berbaloi langsung kena kutuk & caci dgn rakyat semata mata nak tarik parti yg dah start hilang deposit...

yg mana perasaan rakyat tak suka PH tgh memuncak , bertambah tambah lagi la orang menyampah & loya dgn PH...

bawak Bersatu masuk PH , Bersatu tak bawak pengundi pun... alahai tak berapa cerdiknya :LOL:

Perjudian politik...
Nanti kerajaan baru teruskan je ape yg kerajaan sblm ni buat...
Mase tu baru bleh muntah...
Skang baru loya2... 🤣
 
Back
Top
Log in Register