BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mahkamah Benarkan Muhyiddin Dapat Sementara Pasport Ke United Kingdom

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
761d5253799ba747754ad7824afb362a6892df5272f99

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara bagi membolehkan beliau menjalani pemeriksaan kesihatan penyakit kanser pankreas yang dialami serta meluangkan masa bersama keluarga di United Kingdom (UK).

Hakim Noor Ruwena Md Nurdin membenarkan permohonan Muhyiddin, 78, untuk mendapatkan pasport sementara bermula 8 Dis 2025 hingga 5 Jan 2026.

“Permohonan ini dibenarkan dengan syarat tempoh pemulangan pasport sementara dipendekkan, pasport akan dipulangkan sementara kepada peguam pemohon (Muhyiddin) pada 8 Dis 2025 dan bukan pada hari ini, manakala pasport dikembalikan semula kepada mahkamah pada atau sebelum 5 Jan 2026.

“Berdasarkan afidivit sokongan, saya tidak melihat justifikasi untuk transit ke Dubai selama lima hingga enam hari sebelum kembali ke Malaysia. Pemohon boleh transit di Dubai selama satu ke dua hari.  Pemohon telah menempah tiket sebelum kebenaran diperoleh daripada mahkamah, maka pemohon telah mengambil risiko dan tindakan ini akan membuka flood gate (permohonan yang sama),” katanya.

Sebelum ini, mahkamah telah beberapa kali membenarkan permohonan Muhyiddin untuk mendapatkan pasportnya secara sementara antaranya bagi menghadiri majlis graduasi cucu dan konsultasi berhubung penyakit kanser pankreas yang dihadapinya di London, pemeriksaan perubatan di Singapura dan menghadiri majlis pembukaan restoran rakannya di Thailand.

Terdahulu, peguam Datuk Amer Hamzah Arshad yang mewakili Muhyiddin memaklumkan kepada mahkamah anak guamnya memohon untuk mendapatkan pasport bermula hari ini sehingga 12 Jan 2026 untuk menjalani pemeriksaan kesihatan susulan tahunan berhubung penyakit kanser pankreas di UK.

“Selain menjalani pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan pandangan perubatan di UK, anak guam saya juga berhasrat untuk meluangkan masa bersama keluarganya.

“Beliau mempunyai tiga orang cucu yang kini menetap di UK dan selepas urusan perubatan selesai beliau juga berharap dapat menghabiskan sedikit masa bersama isteri dan keluarganya di Madrid,” katanya, sambil menambah tiada risiko untuk anak guamnya melarikan diri.

Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Mahadi Abdul Jumaat berkata pihak pendakwaan tidak membantah permohonan Muhyiddin untuk mendapatkan rawatan susulan di UK, sebaliknya membantah permohonan Muhyiddin untuk meluangkan masa dengan isteri dan keluarganya di Madrid kerana ia akan membuka flood gate untuk permohonan sedemikian.

 
Back
Top
Log in Register