BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

10 Cawangan Kaunter Pasport Imigresen Ditutup Sementara Hingga Ahad

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

10 Cawangan Kaunter Pasport Imigresen Ditutup Sementara Hingga Ahad​

3ae0efc2c37a59899e21318329400e2f6a59fe73901ec

Kredit: FB Jabatan Imigresen Malaysia

Sebanyak 10 cawangan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di seluruh negara akan ditutup sementara hingga Ahad ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan sistem yang memasuki Fasa 5 hari ini.

JIM menerusi hantaran di media sosial memaklumkan cawangan yang terlibat ialah Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perlis; Alor Setar, Kedah; Lumut dan Teluk Intan, Perak; Kuala Langat dan Kuala Kubu Bharu, Selangor; Port Dickson, Negeri Sembilan; Temerloh dan Raub, Pahang serta Mersing, Johor.

Menurut JIM, penutupan berkenaan merupakan sebahagian daripada pelaksanaan secara berfasa yang melibatkan 71 cawangan pejabat pengeluar pasport itu di seluruh negara bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan sistem.

"Sepanjang tempoh penutupan ini, urusan permohonan pasport di kaunter, permohonan menerusi MyOnline Pasport serta percetakan pasport di cawangan yang terlibat tidak dapat dilaksanakan," maklum jabatan itu.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya merancang urusan permohonan pasport lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Jabatan itu turut menasihatkan orang ramai supaya merujuk saluran rasmi Imigresen bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung penutupan sementara berkenaan.

 
Back
Top
Log in Register