BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Imigresen Tumpas Sindiket "Flying Pasport" Di KSAB, Tiga Ditahan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Imigresen Tumpas Sindiket "Flying Pasport" Di KSAB, Tiga Ditahan​

42e85e3aca7526cf7b31ddda8efb6b356a47b390a7c87

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Zakaria Shaaban
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Jabatan Imigresen (JIM) menumpaskan sindiket flying pasport susulan penahanan tiga individu disyaki terlibat dalam kegiatan berkenaan di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah, Johor, semalam.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata operasi bermula 10 pagi itu melibatkan sepasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya serta JIM Johor.

"Kejayaan ini adalah hasil tindakan susulan JIM yang digerakkan berdasarkan perkembangan siasatan Ops Crack yang dilaksanakan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini.

"Pasukan operasi telah diatur gerak ke lokasi dan menahan tiga individu berumur 33 hingga 41 tahun," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pasukan operasi turut menyita telefon bimbit, kunci premis, barang kemas, cap keselamatan Imigresen dan wang tunai berjumlah RM20,000.

Menurutnya, kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 12(1)(h) Akta Pasport 1966 dan dibawa ke Pejabat Imigresen untuk tindakan lanjut.

Zakaria berkata modus operandi sindiket itu adalah dengan mengumpulkan pasport milik warga asing tanpa memerlukan kehadiran fizikal pemilik dokumen tersebut di pintu masuk negara.

"Salinan muka hadapan pasport kemudiannya dihantar ejen sindiket melalui aplikasi WhatsApp kepada individu yang bersekongkol dengan sindiket untuk diimbas bagi mewujudkan rekod pergerakan palsu dalam sistem JIM," katanya sambil menambah ejen mengenakan bayaran RM700 bagi setiap pasport warga asing yang menggunakan perkhidmatan sindiket itu.

Zakaria berkata pihaknya akan meneruskan siasatan secara menyeluruh bagi mengenal pasti rangkaian kegiatan berkenaan.

 
Back
Top
Log in Register