BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Imigresen Tahan Tiga Warga Asing Termasuk Dalang Sindiket Pasport Paslu

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Imigresen Tahan Tiga Warga Asing Termasuk Dalang Sindiket Pasport Paslu​

7a25ed7bce64626418dc25f65d0c30426a72f02ae0cdc

Kredit: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)

Jabatan Imigresen menahan tiga warga Indonesia termasuk seorang lelaki yang disyaki dalang sindiket pemalsuan pasport menerusi operasi di dua lokasi di sekitar ibu negara, malam tadi.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata tiga individu terbabit, iaitu dua lelaki dan seorang wanita berumur 30 hingga 50 tahun ditahan dalam operasi pada 11 malam di Taman Sri Kuching dan Taman Bukit Cheras, Kuala Lumpur.

“Semakan awal mendapati, ‘dalang utama’ yang ditahan memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS Sektor Pembinaan) dan warga asing yang lain telah tinggal lebih masa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zakaria berkata sindiket itu menawarkan perkhidmatan kepada warga asing yang berada di sekitar Lembah Klang yang ingin menjalani saringan pemeriksaan kesihatan pekerja asing, tetapi tidak melepasi pemeriksaan atau berstatus tidak layak.

Beliau berkata sindiket akan mengenakan bayaran RM80 hingga RM130 bagi setiap pasport yang dipalsukan untuk dipinda atau diubah suai untuk digunakan semasa proses saringan kesihatan.

“Tangkapan ini adalah yang kelima membabitkan sindiket yang menggunakan modus operandi sama dan sindiket ini telah beroperasi sejak awal tahun,” katanya.

Zakaria berkata pihaknya turut menyita 119 pasport yang dipercayai palsu dari Indonesia, Myanmar, Bangladesh, Vietnam, India dan Nepal serta mesin pencetak, telefon bimbit dan wang tunai RM1,500 dipercayai hasil daripada kegiatan terbabit.

Beliau berkata lelaki yang disyaki dalang utama sindiket dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12(1)(f) Akta Imigresen 1959/63, manakala dua lagi warga asing dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Kesemua warga asing yang ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register