combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Imigresen Labuan Tahan 17 Warga Filipina Termasuk Lima Kanak-kanak Lelaki
Kredit: JIM Labuan
Jabatan Imigresen (JIM) menahan 17 warga Filipina termasuk lima kanak-kanak lelaki dalam operasi di dua kawasan penempatan di pulau bebas cukai itu awal hari ini.
Pengarah JIM Labuan Mohd Redzuan Nawi berkata serbuan Ops Sasar bermula pada 12.30 tengah malam itu menyasarkan lokasi tumpuan warga asing.
Beliau berkata sebanyak 128 individu diperiksa dalam operasi itu yang melibatkan 73 anggota daripada beberapa agensi penguatkuasaan.
“Operasi itu membawa kepada penahanan 17 warga asing yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kesemua tahanan berkenaan terdiri daripada lapan lelaki, empat wanita dan lima kanak-kanak lelaki berusia antara empat hingga 56 tahun.
Mohd Redzuan berkata operasi itu melibatkan 29 pegawai imigresen, enam pegawai Jabatan Pendaftaran Negara, 18 anggota polis, lapan pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan, empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan lapan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia.
Beliau berkata semua tahanan akan ditempatkan di Depot Imigresen Labuan dan lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Labuan sementara menunggu siasatan dan tindakan lanjut.
Mohd Redzuan berkata operasi penguatkuasaan akan terus dijalankan bagi mengesan, menangkap, mendakwa dan mengusir warga asing yang didapati melanggar undang-undang imigresen negara, termasuk Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Loading…
www.bernama.com