BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Tumpaskan Lima Sindiket Penipuan, Tahan 40 Individu Termasuk Warga Asing

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,137
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,137
Reaction score
346
Points
141

Polis Tumpaskan Lima Sindiket Penipuan, Tahan 40 Individu Termasuk Warga Asing​

3fe60d15faf91137903f643618e0974c6a90042e27582

0c3ddf0007ac7c2d8fbd5aa012e537946a90047492de1

d8084b721d82e81f8f6cedf1d5c3f6a76a900454511af

31941b99cac37b4cd8140a5fcaff27a96a900492f0d7c

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar menunjukkan barangan rampasan pada sidang media mengenai kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Selangor menumpaskan sindiket premis "Call Centre"™di Menara 1, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini. -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Polis percaya berjaya menumpaskan pelbagai sindiket penipuan termasuk love scam, phone scam dan langganan video lucah dengan penahanan 40 individu dalam serbuan di lima premis pusat panggilan di sekitar negeri ini antara 18 hingga 25 Ogos lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata kesemua individu berkenaan terdiri daripada tiga lelaki tempatan serta 32 lelaki dan lima wanita warga asing.

“Dalam siri serbuan ini, polis membongkar kegiatan di lima premis pusat panggilan yang dijadikan markas sindiket untuk menjalankan kegiatan penipuan yang menyasarkan mangsa dari luar negara.

“Kesemua individu itu dipercayai operator khidmat pelanggan manakala pelbagai peralatan komunikasi serta barangan kes bernilai keseluruhan RM165,000 turut dirampas,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan mendapati sindiket terlibat masing-masing mula aktif sejak pertengahan tahun ini dengan menyewa premis perumahan seperti kondominium, banglo dan rumah teres bagi mengaburi pihak berkuasa.

Shazeli berkata berdasarkan siasatan awal, sindiket itu didapati menggunakan taktik baharu iaitu menggunakan kad kuasa serta gambar polis negara luar bagi memperdaya mangsa.

Dalam serbuan pertama pada 18 Ogos di Sungai Buloh, beliau berkata polis menahan 10 lelaki warga asing yang menyamar sebagai pegawai polis bagi memperdaya warganegara Jepun menerusi kegiatan phone scam atau penipuan panggilan telefon.

“Operasi kedua pada keesokannya di Bukit Rimau pula membabitkan sindiket penipuan langganan video lucah menerusi laman web yang menyasarkan warganegara China.

“Hasil serbuan ketiga di Kajang pada 20 Ogos, polis menahan tiga lelaki tempatan dan empat lelaki warga asing yang menjalankan penipuan phone scam yang menyasarkan warga Jepun menggunakan aplikasi 'Line' serta teknologi 'Swapface',” katanya.

 
Back
Top
Log in Register