BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Tumpaskan Enam Sindiket Penipuan, Tahan 38 Individu Di Selangor

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141
d9aa3543c8d8ddd474edf22ac903f7cb69dcc52934f19

dc33059dc1e2967abc2bd76ef4e2a5b869dcc4cc23695

d41f4db5fbcb6f368e5c98fc51b8120e69dcc4ba69df4

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, menunjukkan gambar suspek yang ditahan pada sidang media berkaitan kejayaan anggota polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis syabu dan bunga ganja serta kes komersial dengan anggaran nilai rampasan keseluruhan melebihi RM3 juta di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini.
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket jenayah penipuan antaranya membabitkan pelaburan dan judi menerusi enam serbuan berasingan di sekitar Kajang dan Petaling Jaya minggu lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata hasil kesemua serbuan berjaya menahan 38 individu termasuk tiga warga tempatan berusia antara 19 hingga 50 tahun selain merampas pelbagai peranti elektronik bernilai kira-kira RM138,000 dipercayai digunakan bagi kegiatan jenayah terbabit.

Beliau berkata siasatan awal mendapati antara aktiviti penipuan dijalankan adalah dalam bentuk love scam atau penipuan cinta, penipuan kerja, judi dalam talian dan penipuan pelaburan dalam talian dengan menyasarkan mangsa warganegara asing seperti China, Jepun, Indonesia serta Singapura.

“Ada antara sindiket menawarkan penjualan akaun WeChat dan iCloud melalui platform Telegram dan dijual kepada sindiket penipuan pasaran China. Rata-rata ahli sindiket ini berperanan sebagai pegawai khidmat pelanggan dan operator.

“Dua daripada tiga warga tempatan ditahan pula bertugas sebagai tukang masak dan pemandu kepada ahli sindiket ini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Shazeli berkata modus operandi yang dikenal pasti ialah dengan mencari mangsa menerusi aplikasi media sosial seperti WeChat, Potato, WhatApps, Line dan Telegram.

Beliau berkata semua warga asing itu memasuki negara ini secara sah sejak awal tahun menggunakan pas lawatan sosial, dengan semakan silang akan dilakukan oleh Jabatan Imigresen bagi mengesahkan dokumen mereka, manakala semua suspek kini direman antara empat hingga tujuh hari untuk siasat mengiut Seksyen 420 serta 120B Kanun Keseksaan.

 
Back
Top
Log in Register