BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Tahan Enam Individu Disyaki Terlibat Aktiviti Pemerdagangan Bayi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,151
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,151
Reaction score
346
Points
141

Polis Tahan Enam Individu Disyaki Terlibat Aktiviti Pemerdagangan Bayi​

e18f465c7000b03e2b03a8be0e10611c68b7e756cac34


Polis menahan enam individu, termasuk seorang wanita berusia 24 tahun yang baharu melahirkan anak disyaki terlibat dalam kes pemerdagangan bayi di Sungai Petani.

Ketua Polis Kedah Datuk Adzli Abu Shah berkata kes dikesan seorang pegawai perubatan di sebuah hospital di daerah Kuala Muda selepas mendapati ibu seorang bayi menggunakan dokumen pengenalan individu lain ketika proses pendaftaran pada Jumaat lepas.

“Bayi lelaki itu dilahirkan pada 21 Ogos lepas oleh seorang wanita berstatus tidak berkahwin. Ibu bayi ini menggunakan identiti dan dokumen pengenalan diri milik seorang wanita lain berusia 27 tahun.

“Tindakan itu dipercayai bagi membolehkan bayi berkenaan didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebagai anak wanita berusia 27 tahun itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua suspek warga tempatan berusia 24 hingga 50 tahun itu ditahan di sekitar Sungai Petani dan direman 11 hari sehingga 1 Sept bagi membantu siasatan.

“Seorang daripada suspek lelaki berusia 37 tahun dipercayai menjadi orang tengah, mengaku membayar kos perubatan berjumlah RM9,000 serta memberikan wang RM8,000 kepada wanita yang melahirkan bayi berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Akta 670) dan Seksyen 48 Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611),” katanya.

Beliau berkata wanita berusia 27 tahun dan pasangannya berusia 41 tahun dikatakan tidak mempunyai anak sejak mendirikan rumah tangga lima tahun lepas. Bayi itu kini masih dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sementara itu, beliau ketika mengulas mengenai perkembangan kes penemuan mayat di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Division, Kuala Muda pada Ahad lepas berkata polis menahan reman empat lelaki selama tujuh hari sehingga 31 Ogos bagi membantu siasatan.

 
Back
Top
Log in Register