BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Tumpas Dua Sindiket Penipuan Beroperasi Di Forest City, Tahan 335 Individu

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Polis Tumpas Dua Sindiket Penipuan Beroperasi Di Forest City, Tahan 335 Individu​

1f80ae54dc992de8997e90fe8969f6836a6865be439f9

Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad (kanan) menunjukkan gambar suspek pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, hari ini.

Sindiket penipuan dalam talian beroperasi di Forest City tumpas, 335 individu termasuk 309 warga China ditahan dengan rampasan RM1 juta.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Polis menumpaskan dua sindiket penipuan dalam talian yang beroperasi di Forest City selepas menahan 335 individu termasuk 309 warga China pada 15 Julai lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata serbuan dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di 27 unit pangsapuri dan lima banglo yang dijadikan pusat panggilan kegiatan berkenaan.

Beliau berkata kumpulan sindiket pertama ditahan membabitkan 279 individu terdiri daripada 255 warga China, 19 Indonesia, empat Myanmar dan seorang warga tempatan.

“Hasil siasatan mendapati sindiket itu dipercayai menjalankan kegiatan penipuan melalui tawaran pelaburan mata wang kripto dan love scam dengan menyasarkan mangsa dari China dan Indonesia,” katanya pada sidang media di IPK Johor, di sini hari ini.

Beliau berkata kumpulan kedua pula membabitkan penahanan 54 warga China dan dua warga tempatan yang dipercayai menjalankan penipuan dengan menyamar sebagai firma guaman selain pelaburan dan pelaburan mata wang kripto dengan menyasarkan mangsa di luar negara terutama China.

Serbuan turut merampas 313 unit komputer, 1,557 telefon bimbit, 17 komputer riba, 10 modem, sebuah monitor dan unit pemprosesan pusat serta sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda CX-8 yang dianggarkan bernilai RM1 juta.

Ab Rahaman berkata kesemua individu yang ditahan berusia antara 20 hingga 58 tahun, berperanan sebagai ejen dengan mencari mangsa menggunakan aplikasi seperti Telegram, WhatsApp dan TikTok serta menerima gaji bulanan antara RM2,500 hingga RM4,000.

“Hasil siasatan mendapati selain menggunakan pas lawatan sosial untuk memasuki negara ini, terdapat warga asing yang gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah,” katanya.

Sementara itu beliau berkata sebanyak 14 kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dengan 159 individu dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada hari ini, manakala 35 individu lagi pada esok.

 
Back
Top
Log in Register