BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Tumpas Sindiket Penipuan Dalam Talian Antarabangsa, 187 Individu Ditahan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Polis Tumpas Sindiket Penipuan Dalam Talian Antarabangsa, 187 Individu Ditahan​

38779456432474536ccdf42f546be8146a06cadf1b48c

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail (tengah) ketika sidang media mengenai Op Teguh 2.0 di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melumpuhkan satu sindiket penipuan dalam talian antarabangsa dengan penahanan 187 individu dan merampas pelbagai aset bernilai RM57.68 juta di sekitar Lembah Klang, baru-baru ini.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata sindiket terbabit, menjalankan kegiatan pusat panggilan penipuan pelaburan saham, love scam dan perjudian dalam talian, yang menyasarkan warga tempatan serta asing termasuk dari Hong Kong, China, Korea dan Jepun sebagai mangsa.

Beliau berkata sepanjang operasi yang berlangsung pada 6 dan 7 Mei lepas, 46 serbuan telah dilaksanakan di beberapa premis kediaman termasuk kondominium mewah di sekitar Lembah Klang.

“Kejayaan operasi ini turut membuktikan keupayaan dan kesiapsiagaan PDRM, dalam melaksanakan tindakan bersepadu demi melindungi masyarakat daripada ancaman sindiket scam antarabangsa,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Mohd Khalid berkata 187 individu yang ditahan terdiri daripada 151 lelaki dan 36 wanita daripada pelbagai warganegara termasuk warga China sebanyak 129 orang, Malaysia (23), Jepun (9), Vietnam (8), Indonesia (7), Laos (4), Thailand (3), Filipina (2) dan Myanmar (2).

Beliau berkata sindiket terbabit turut menjalankan penipuan dengan menyamar sebagai pegawai polis Jepun menerusi aplikasi “BRIA Mobile”, “Telegram” dan “Line” selain terlibat dalam love scam dengan memperdaya mangsa melalui hubungan maya, khususnya melibatkan warganegara Korea dan Jepun.

“Sindiket sama dipercayai menjalankan kegiatan perjudian dalam talian menggunakan aplikasi perjudian palsu bagi menipu mangsa serta melaksanakan transaksi kewangan haram membabitkan warga Hong Kong dan China,” katanya.

Mohd Khalid berkata polis merampas pelbagai aset mewah dalam operasi itu, termasuk tiga unit hartanah bernilai RM38 juta dan 20 kenderaan mewah bernilai RM6.58 juta.

Beliau berkata turut dirampas ialah 67 unit barangan mewah melibatkan jam tangan, beg tangan dan barangan kemas bernilai RM12 juta serta 556 unit peranti digital bernilai RM552,000, selain wang tunai pelbagai mata wang asing serta aset wang kripto yang menjadikan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM57,680,000.

 
Back
Top
Log in Register