BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Tumpas Empat Sindiket Penipuan Dalam Talian, Tahan 41 Warga Asing

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,151
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,151
Reaction score
346
Points
141

Polis Tumpas Empat Sindiket Penipuan Dalam Talian, Tahan 41 Warga Asing​

a02ec8ec56ff6f497e4523aaf9b8e1bf6a2fce2164bf9

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar menunjukkan barangan rampasan pada sidang media mengenai kejayaan tangkapan sindiket 'Call Centre' Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Mes Pegawai IPK Selangor hari ini.

Polis menumpaskan empat sindiket penipuan dalam talian dengan penahanan 41 warga asing menerusi serbuan berasingan di premis kediaman sekitar Kajang, Seri Kembangan dan Setia Alam di sini awal bulan ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata warga asing yang ditahan terdiri daripada 30 lelaki dan 11 wanita berusia antara 18 hingga 48 tahun.

Beliau berkata wang tunai dan pelbagai jenis peralatan elektronik antara yang dirampas dalam serbuan itu melibatkan nilai kira-kira RM409,200.

“Keempat-empat sindiket tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain dan masing-masing terlibat dengan penipuan tawaran kerja palsu, pelaburan tidak wujud dan love scam.

“Sindiket-sindiket ini juga dipercayai telah mula beroperasi sejak dari Januari hingga April 2026 dan mereka menyasarkan mangsa dari negara Eropah, Amerika Syarikat (AS) dan juga China,” katanya pada sidang media Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Selangor di sini hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 dan Seksyen 120 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Shazeli berkata polis menasihatkan masyarakat supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah menjadi mangsa sindiket penipuan.

 
Back
Top
Log in Register