BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Tahan 20 Warga Asing Terlibat Sindiket Penipuan Cinta Di Batu Ferringhi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Polis Tahan 20 Warga Asing Terlibat Sindiket Penipuan Cinta Di Batu Ferringhi​

4228136d322779fca44cc331bbcbea476a8c3b9ea583d

55f2424f6db251303590cbbc50575e2b6a8c3baf81139

Kredit: PDRM

Polis menahan 20 lelaki warga asing disyaki terlibat dalam sindiket penipuan cinta atau love scam dalam talian selepas menyerbu sebuah rumah yang dijadikan inap desa di Batu Ferringhi semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata kesemua suspek berusia antara 19 hingga 41 tahun itu ditahan dalam serbuan pada 7.05 malam oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut bersama anggota Balai Polis Batu Ferringhi.

Beliau berkata siasatan awal mendapati sindiket itu menyasarkan mangsa dari China dengan menggunakan aplikasi Telegram bagi urusan penipuan dalam talian.

“Polis turut merampas beberapa barangan, antaranya telefon bimbit, komputer riba, buku nota dan peralatan telekomunikasi bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420/120B Kanun Keseksaan dan kesemua suspek direman selama empat hari bermula hari ini hingga 27 Ogos untuk siasatan lanjut.

 
Back
Top
Log in Register