BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Tumpas Sindiket Penipuan Pelaburan Minyak Wangi

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Polis Tumpas Sindiket Penipuan Pelaburan Minyak Wangi​

773178963101e506754cd89ca29f35816a3d49fe4d3a3

f4a4d73784738eafabc276610479557f6a3d496ae78cb

703095dee07664c82022afa0cbdd669a6a3d49502b3ac

Kredit: PDRM

Polis menumpaskan satu sindiket penipuan pelaburan minyak wangi dengan penahanan enam warga tempatan dalam serbuan di sebuah premis di KL Eco City, di sini, semalam.

​Ketua Polis Daerah Sentul ACP Basri Sagoni berkata kesemua suspek yang terdiri daripada tiga lelaki dan tiga wanita berusia antara 23 hingga 47 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Kuala Lumpur.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kesemua individu yang ditahan itu mempunyai peranan masing-masing dalam pengurusan dan operasi sindiket yang menyasarkan rakyat tempatan sebagai mangsa.

"Turut dirampas dalam serbuan itu adalah pelbagai barangan dan dokumen antaranya enam unit telefon bimbit, satu unit komputer, kad mesin juruwang automatik (ATM) atau debit, dokumen syarikat serta pelbagai stok produk minyak wangi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Basri berkata kesemua suspek direman selama dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Beliau turut menasihatkan orang awam supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah terperdaya dengan sebarang tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan dalam tempoh yang singkat.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan penipuan pelaburan ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Hotline Polis Sentul di talian 03-4048 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

 
Back
Top
Log in Register