BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Melaka Tumpas Sindiket Penipuan Pelaburan Saham Tidak Wujud

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Polis Melaka Tumpas Sindiket Penipuan Pelaburan Saham Tidak Wujud​

cff515815d4c6ee1b0739e8be1350be26a3cfe5a514b6

Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar (dua, kiri) menunjukkan gambar suspek dipercayai terlibat dalam sindiket penipuan pelaburan saham tidak wujud pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Ayer Keroh hari ini.

Polis menumpaskan satu sindiket penipuan pelaburan saham tidak wujud dengan penahanan 31 warga asing dalam serbuan di sebuah rumah di bandar Melaka pada Isnin lepas.

Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata serbuan dilakukan pada 4.30 petang dan suspek terdiri daripada 30 warga China serta seorang wanita Korea berusia 20 hingga 40 tahun.

“Siasatan mendapati premis itu digunakan untuk menjalankan kegiatan penipuan iaitu pelaburan saham tidak wujud yang menyasarkan mangsa di Korea dan China.

“Sindiket itu dipercayai beroperasi kira-kira dua bulan lepas dengan semua suspek berperanan sebagai pegawai khidmat pelanggan yang bertanggungjawab mencari mangsa melalui panggilan telefon,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka hari ini.

Dzulkhairi berkata polis merampas 26 set komputer, telefon bimbit (50), masing-masing satu modem penghala, port Internet dan set kunci berserta alat kawalan jauh dalam serbuan itu.

Sindiket itu dipercayai memperdaya mangsa menerusi tawaran pelaburan saham dengan keuntungan tinggi dalam tempoh singkat sebelum menghantar iklan secara rawak melalui aplikasi Telegram.

“Mangsa yang berminat diarahkan memuat turun satu aplikasi bagi meneruskan aktiviti pelaburan sebelum dirujuk kepada kumpulan sindiket lain dipercayai beroperasi di lokasi berbeza,” katanya.

Dzulkhairi berkata semua suspek direman sehingga 26 Jun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Beliau juga meminta orang ramai menyalurkan maklumat kepada polis sekiranya mengesyaki premis atau rumah menjalankan aktiviti menyalahi undang-undang.

 
Back
Top
Log in Register