BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Imigresen Kedah Tahan 10 Termasuk Tiga Wanita Warga Asing

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
5a438481c931d458f2133d33a417831669e8752887ff0

Kredit: JIM Kedah

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah menahan 10 warga asing termasuk tiga wanita dalam beberapa siri operasi di sekitar daerah Kubang Pasu dan Kuala Muda, semalam.

JIM Kedah dalam satu kenyataan memaklumkan operasi yang dijalankan oleh pegawai daripada Unit Tindakan Imigresen itu melibatkan Ops Gegar, Ops Mahir, Ops Dandan, Ops Minyak dan Ops Sapu.

“Enam premis termasuk premis cuci kereta, kedai gunting rambut, kedai menjual basikal dan hotel diperiksa. Sebanyak 30 individu pelbagai warganegara diperiksa dan daripada jumlah itu, tujuh lelaki dan tiga wanita berumur antara 18 hingga 49 tahun ditahan.

“Tangkapan melibatkan warga Myanmar, India, Bangladesh, Thailand dan Indonesia yang melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” menurut kenyataan itu.

JIM Kedah memaklumkan kesemua yang ditahan telah dihantar ke Depot Imigresen Belantik untuk tindakan selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang.

“JIM Kedah menegaskan komitmen berterusan dalam memperkukuh usaha penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan undang-undang imigresen, keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara,” menurut kenyataan itu.

 
Back
Top
Log in Register